Skip to main content

KEMAS KINI: Kes bunuh bapa yang sadis, tragis dan ngeri


IPOH -- Ketagih punya angkara, seorang anak tergamak memenggal kepada bapanya. Bapa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dipenggal kepalanya oleh anak lelakinya yang berang ditegur menghisap dadah di dalam rumah di Kampung Kanthan Baru di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abdul Rahman berkata dalam kejadian  tengah malam Isnin, suspek berusia 52 tahun itu telah membunuh bapanya You Si Kim yang berumur 74 tahun ketika dipercayai sedang khayal dadah jenis Syabu.
Menurut Yahya, pihaknya menerima laporan awam kira-kira pukul 1.30 tengah hari Selasa dan sepasukan polis ke lokasi kejadian lalu terserempak dengan suspek yang kemudiannya membawa polis ke rumahnya.
“Siasatan awal di rumah tersebut mendapati satu daripada lima bilik mempunyai kesan darah dan apabila disoal lanjut suspek menunjukkan kepala bapanya yang telah ditanam di laman belakang rumah mereka.
“Bila ditanya mengenai bahagian badan mangsa, suspek berkata badan yang telah dikerat enam bahagian itu dibuangnya di lubang pembetungan sedalam lima kaki. Bahagian badan itu dibuang kira-kira 12 meter dari kepala mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi jenayah, lapor Bernama.
Yahya berkata hasil siasatan di tempat kejadian, polis turut menemukan sebilah parang sepanjang 0.6 meter di salah sebuah bilik yang dipercayai digunakan untuk mengerat badan mangsa.
Beliau berkata sebelum ini suspek bekerja sebagai kontraktor tetapi sudah tiga bulan tidak bekerja.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.






Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...