Skip to main content

Rafidah ada hak mengkritik PH


PORT DICKSON -- Tindakan Tan Sri Rafidah Aziz menyelar pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana gagal mengotakan janji dan dibelenggu manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 tidak salah, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson itu berkata beliau menghormati pandangan tersebut dan menyifatkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu adalah seorang pemimpin yang memiliki pengalaman luas dan sering memberikan nasihat.
"Beliau (Rafidah) adalah seseorang yang memberikan nasihat yang baik… beliau mempunyai pengalaman untuk meneliti pekara-perkara seperti ini, jadi  tak salah dia komen," katanya kepada pemberita ketika tinjauan mesra  program Pasar Jualan Harapan Rakyat di Pernama Kem Port Dickson.
Hadir sama ialah bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO  Tan Sri Syed Hamid Albar yang pertama kali turun berkempen untuk Anwar di PRK itu sejak keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Semalam, Rafidah dilaporkan berkata beliau terkilan kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memberitahunya untuk memegang portfolio Kementerian Pendidikan, namun tidak dilakukannya.
Rafidah yang pernah menerajui Wanita UMNO  turut memberi amaran bahawa tidak mustahil kerajaan PH akan kehilangan kuasa sekiranya tidak dapat membuat keputusan penting hanya kerana terikat dengan manifesto yang dijanjikan.
Dalam pada itu, Syed Hamid turut bersetuju dengan pandangan Rafidah yang disifatkannya kerajaan terlalu bergantung kepada manifesto.
“Apa yang Rafidah cakap itu memang betul. Mana-mana parti politik cuba menunaikan manifesto mereka tetapi itu perlu bergantung kepada kemampuan kewangan.
“Apa yang penting sekali ialah rakyat sekarang mahukan kebebasan, masyarakat terbuka dan wakil rakyat yang mesra serta setia kawan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...