Skip to main content

Penjaga stor dihukum 20 sebatan rogol anak tiri


PETALING JAYA -- Seorang penjaga stor dijatuhi hukuman 29 tahun penjara dengan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dan merogol anak tirinya di Seri Kembangan, Serdang, Selangor. 
Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki berusia 51 tahun itu selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap remaja perempuan itu.
Bagi pertuduhan merogol, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dengan 12 sebatan, serta 15 tahun penjara berserta lapan kali sebatan bagi kesalahan sumbang mahram. 
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara berasingan, bermula dari tarikh tangkap pada 1 Okt lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, bapa tiga anak itu didakwa merogol anak tirinya berusia 19 tahun pada 8 pagi, 26 Ogos lalu mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah melakukan sumbang mahram dengan mangsa sama yang ketika kejadian berusia 15 tahun, antara 2014 dan 2015, mengikut Seksyen 376(A) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan antara 2014 dan Ogos lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh mengambil kira faktor mangsa merupakan anak yang seharusnya dilindungi tertuduh.
"Sebagai ketua keluarga, tertuduh seharusnya melindungi mangsa, bukan dengan cara begini yang merosakkan masa depannya. Saya mohon satu hukuman yang sangat berat yang dapat mencerminkan keseriusan kesalahan," katanya.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia mempunyai tiga anak yang masih kecil selain isteri yang tidak bekerja.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian ketika mangsa berusia 15 tahun, mangsa yang sedang tidur di dalam biliknya didatangi tertuduh yang menggunakan kunci pendua dan terus merogolnya.
Apa yang berlaku berlanjutan sehingga mangsa berusia 19 tahun dan berlaku sebanyak sebulan sekali. Mangsa yang tidak tahan diperlakukan sedemikian kemudian mengadu kepada kakaknya dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...