Skip to main content

PFA bergolak, Presiden dan dua pegawai disingkir


KANGAR -- Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebulat suara memutuskan untuk menggantung jawatan Presiden PFA Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie, berkuat kuasa hari ini.
Timbalan Presiden PFA, Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan berkata penggantungan tugas presiden itu diputuskan melalui mesyuarat Anggota Jawatankuasa Eksekutif (Exco) persatuan berkenaan semalam, berkuat kuasa sehingga tarikh Kongres PFA berikutnya yang belum ditetapkan.
“PFA mengambil tindakan tersebut merujuk kepada peruntukan statut PFA pada artikel 36, 37 dan 38.
“Selain itu, Presiden PFA dilihat turut melanggar perjanjian penajaan antara Kelab Bola Sepak Qhaleefa yang mana Presidennya adalah beliau (Ahmad Amizal Shaifit) dan PFA yang dipersetujui bersama,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan kepada Bernama hari ini.
Mohd Abdul Karim Khan juga memaklumkan jawatan Naib Presiden 2 PFA dipegang Muhammad Sukur Hashim, turut digantung di samping ‘merehatkan’ Setiausaha Agung PFA yang disandang Adib Rabani Muaz Abul Malik sehingga tarikh Kongres PFA seterusnya.
Beliau berkata keputusan sebulat suara itu juga dibuat berikutan Muhammad Sukur dan Adib Rabani Muaz juga adalah individu yang mewakili Kelab Bola Sepak Qhaleefa.
“Susulan keputusan diambil ini, ketiga-tiga individu berkenaan dilarang menjalankan sebarang tugasan berkaitan sepertimana tempoh ditetapkan,” katanya.
Pada mesyuarat itu juga, satu keputusan sebulat suara dicapai dengan menetapkan Timbalan Presiden PFA menjalankan tugas presiden manakala jawatan setiausaha agung akan dijalankan Penolong Setiausaha Agung PFA Naimulddin Haron.
Mohd Abdul Karim Khan berkata tindakan drastik itu dibuat bagi memulihkan kembali imej PFA yang terpalit pelbagai isu sehingga disingkirkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) daripada saingan Liga Malaysia.
Beliau berkata PFA juga berharap semua pihak faham dengan kekangan dihadapi anggota Exco persatuan berkenaan yang mengambil tindakan tersebut, dan terpaksa akur degan ketetapan yang dipersetujui itu.
“Diharapkan semua pihak termasuk pemerintah negeri, anggota gabungan serta penyokong bola sepak Perlis memberi semula sokongan penuh kepada kepimpinan baharu PFA yang memegang tanggungjawab terkini dalam usaha mengembalikan PFA dalam saingan Liga Malaysia,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...