Skip to main content

Paras sokongan terhadap Tun M, PH kekal


KUALA LUMPUR -- Tidak ada perubahan ketara dalam tahap kepuasan orang ramai terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin politik dan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) sebagai parti yang memerintah sejak Ogos lepas.
Ini hasil tinjauan yang dilakukan di seluruh negara pada Disember oleh Prof Datuk Seri Syed Arabi Idid dan pembantunya Azrul Hisyam Wakichan dari Unit Kajian Pilihan Raya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Tinjauan ini adalah kesinambungan daripada tinjauan pertama yang dijalankan pada Ogos 2018 mengenai Isu-isu Semasa Nasional.
Tinjauan pada Disember juga mendapati tahap kepuasan terhadap pemimpin lain iaitu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat atau turun sebanyak satu peratus atau kekal pada tahap sama seperti pada Ogos 2018.
Bagaimanapun, hanya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Menteri Kewangan mencatatkan peningkatan tahap kepuasan orang ramai daripada 36 peratus kepada 45 peratus dalam tempoh yang sama.
Apabila responden ditanya parti mana yang akan mereka undi jika pilihan raya diadakan hari ini, 55 peratus memilih Pakatan Harapan (termasuk Warisan), Barisan Nasional (24 peratus) dan PAS (16 peratus).
Dalam tinjauan awal pada Ogos, 56 peratus menyatakan bahawa mereka lebih suka memilih untuk mengundi PH, berbanding BN (24 peratus) dan PAS (14 peratus).
Seperti tinjauan terdahulu, sokongan paling tinggi untuk PH ialah daripada masyarakat Cina (73%) diikuti kaum India (56%). Sebanyak 42 peratus masyarakat Melayu dan Bumiputera memilih PH, peratusan yang sama seperti pada Ogos.
Dr Mahathir masih mendapat sokongan daripada sebilangan besar rakyat tanpa mengira kaum, pendapatan, pendidikan dan jantina, dengan 62 peratus daripada responden menyatakan kepuasan mereka kepada beliau pada Ogos dan Disember.
Tinjauan pada Disember melibatkan 1469 responden manakala tinjauan pada Ogos melibatkan 1,500 responden, lapor Bernama.
Responden di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak secara peribadi ditemu bual dan dipilih berdasarkan kepadatan populasi, komposisi kaum, latar belakang pendidikan yang berbeza, umur dan jantina.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...