Skip to main content

Musa Aman dituduh lakukan 16 pengubahan wang haram berjumlah AS$37.8 juta


KUALA LUMPUR -- Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 16 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih AS$37.8 juta dan SGD2.5 juta antara Jun 2006 dan Mei 2008.

Pertuduhan  itu menjadikan Musa kini berdepan 51 pertuduhan termasuk 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.   

Musa, 68, yang memakai kot biru dan bersongkok  mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan satu persatu oleh dua jurubahasa di hadapan Hakim Rozina Ayob.

“Saya tuntut bicara,” katanya yang duduk dalam kandang tertuduh selepas Rozina bertanyakan sama ada dia mengaku bersalah atau tidak atas pertuduhan itu. Terdahulu peguam Francis Ng Aik Guan memohon supaya anak guamnya dibenarkan duduk ekoran masalah kesihatan. 

Tertuduh yang memakai kot biru dan bersongkok  menjawab “tuntut bicara” selepas Rozina bertanyakan sama ada dia mengaku bersalah atau tidak atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan pertama Musa didakwa telah melibatkan diri secara tidak langsung dalam transaksi pengubahan wang haram dengan mengarahkan Richard Christopher Barnes, 67, untuk membuka satu akaun di Bank UBS AG Singapura di atas nama Richard untuk menerima hasil dari aktiviti haram di Bank UBS AG, Singapura pada 21 Jun, 2006.

Musa juga dituduh atas pertuduhan alternatif bagi pertuduhan pertama iaitu telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan mengarahkan Richard untuk membuka satu akaun di Bank UBS AG Singapura melalui akaun atas nama Richard untuk menyembunyikan pemunyaan Musa ke atas hasil dari aktiviti haram di tempat dan pada tarikh sama.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Musa didakwa telah melibatkan diri secara tidak langsung dalam pengubahan wang haram dengan menerima masing-masing AS$16,148,547.00 dan AS$1,047,153.00 daripada Chia Tien Foh, melalui akaun di atas nama Richard di mana kedua-dua wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.

Pertuduhan keempat dan kelima, Musa dituduh atas pertuduhan sama dengan menerima masing-masing AS$2,702,702.00 dan AS$2,180,673.00 daripada Young Generation Corp melalui akaun di atas nama Richard di mana wang berkenaan adalah hasil dari aktivit haram.

Pertuduhan keenam, Musa didakwa atas pertuduhan sama dengan menerima AS$4,044,956.82 daripada Lo Man Heng melalui akaun di atas nama Richard di mana wang itu adalah hasil dari aktiviti haram dan bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, dia  didakwa atas pertuduhan serupa dengan menerima masing-masing AS$518,681.74 dan AS$895,000.00 daripada Mazlan Zakaria melalui akaun di atas nama Richard di mana kesemua wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.

Pertuduhan kesembilan dan kesepuluh Musa didakwa pertuduhan serupa dengan menerima masing-masing AS$7,300,000.00 dan SGD2,500,000.00 daripada Axon Group Ltd melalui akaun di atas nama Richard di mana kesemua wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.

Bagi pertuduhan ke-11 dan ke-12, Musa menghadapi pertuduhan sama dengan menerima masing-masing AS$862,000.00 dan AS$778,443.00 daripada Well Capital Finance Limited melalui akaun di atas nama Richard di mana kesemua wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.

Pertuduhan ke-13, Musa didakwa pertuduhan sama dengan menerima AS$650,000.00 daripada Innovative Information Ltd melalui akaun di atas nama Richard di mana kesemua wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.

Bagi pertuduhan ke-14, Musa didakwa pertuduhan serupa dengan menerima AS$406,003.29 daripada Portland Trading Pte Ltd melalui akaun di atas nama Richard di mana wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.

Pertuduhan ke-15, Musa didakwa atas pertuduhan sama dengan menerima AS$311,332.50 daripada Well Capital Finance Limited melalui akaun di atas nama Richard di mana wang itu adalah hasil dari aktiviti haram.

Bagi pertuduhan terakhir iaitu pertuduhan ke-16, Musa didakwa cuba untuk melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan mengarahkan Richard untuk memindahkan kesemua aset dan kemasukan wang yang akan datang dari akaun di atas nama Richard ke atas akaun miliknya di Bank UBS AG Zurich di mana kesemua aset dan kemasukan wang tersebut adalah hasil dari aktiviti haram.

Mengikut pertuduhan kedua sehingga ke-16, Musa dituduh melakukan perbuatan itu di Bank UBS AG, Central Hong Kong Special Administrative Region of the Republic of China antara 21 Jun 2006 dan 14 Mei 2008.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...