Skip to main content

Kelangsungan BN semakin genting, Tok Mat kata bincang dulu


KUALA LUMPUR -- Satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincang kenyataan MCA dan MIC yang bertindak mengeluarkan kenyataan bersama mahu melihat kemungkinan menubuhkan gabungan parti yang baharu. 

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau mengambil maklum luahan tidak puas hati oleh presiden MCA dan presiden MIC dan beliau tidak akan mengetepikan begitu sahaja perkara itu. 

“Malah, saya percaya wujud keperluan untuk BN memberi perhatian yang sewajarnya kepada perkara ini dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

 “Saya berharap isu ini tidak dipolitikkan secara tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak. Sebaliknya, saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama duduk berbincang bagi memeta jalan hadapan yang lebih baik kepada BN dan negara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya maklumat mengenai mesyuarat itu juga akan dimaklumkan sedikit masa lagi.

Dalam pada itu, Mohamad berkata adalah sangat kritikal untuk semua pihak tidak bertindak melulu atau bersifat pukul rata.

"...Khususnya dengan terus mengambil kenyataan seorang dua pemimpin dari mana-mana parti komponen yang tidak pun mewakili pendirian BN sebagai perkara pokok dalam menilai semula status serta masa depan BN,” katanya. 

Terdahulu dalam satu kenyataan bersama, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Tan Sri S.A Vigneswaran telah menyatakan cadangan untuk meneroka perikatan baharu selepas percaya kerjasama dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) tidak lagi mencerminkan hasrat sebenar perpaduan dalam kalangan parti.

Kenyataan itu bagaimanapun dibidas oleh Setiausaha Agung BN Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dilaporkan berkata MCA dan MIC harus meninggalkan BN.

UMNO, MCA dan MIC ialah tiga komponen parti asal dari era Perikatan yang telah bersama-sama menubuhkan BN pada tahun 1974. Pada kemuncaknya, BN dianggotai 13 parti komponen termasuk Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) serta parti-parti tempatan Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, semua parti melainkan UMNO, MCA dan MIC telah bertindak keluar BN setelah parti itu kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14) Mei tahun lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...