Skip to main content

Tiga ditangkap, seorang diburu kes hina Nabi, Islam


KUALA LUMPUR -- Tiga individu ditahan dan seorang lagi suspek diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah.

Tiga suspek yang ditahan itu dikenali sebagai Mohd Sharulnizam Stanley, Alister anak Cogia, Mohd Yazid Kong Abdullah serta seorang masih diburu iaitu Alvin Chow Mun Fai.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek pertama Mohd Sharulnizam yang berusia 29 tahun ditahan di Labuan, pada Ahad lepas.

Beliau berkata, Mohd Sharulnizam direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

“Mohd Sharulnizam membuat komen jelik menggunakan akaun Facebook bernama ‘Bakakuk’ dan polis menerima 15 laporan sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, suspek kedua Alister berusia 22 tahun ditahan semalam di Bau, Sarawak direman selama empat hari sehingga Khamis ini.

“Alister menggunakan akaun Facebook  ‘Ayea Yea’ membuat komen jelik dan 10 laporan polis diterima berhubung kes ini setakat hari ini,” katanya.

Beliau berkata, suspek ketiga yang menggunakan akaun Facebook ‘Yazid Kong’ iaitu Mohd Yazid berumur 52 tahun ditahan di Petaling Jaya, semalam manakala permohonan remannya akan dibuat pada hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, suspek keempat yang menggunakan akaun Twitter @ALVINCHOW333 atau Alvin Chow berusia 43 tahun dipercayai berada di Kuala Lumpur dan usaha mengesannya sedang dibuat untuk menahan suspek.

Beliau berkata, sehingga hari ini polis telah menerima 929 laporan polis di seluruh negara berhubung kes ini dan membuka sebanyak 16 kertas siasatan bersabit kes penghinaan agama Islam.

Mohamad Fuzi berkata, kesemua kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

“Tindakan mencabar, menghina kepercayaan atau agama mana-mana kaum, boleh membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini dan perlu dihentikan serta merta,” katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak mengendahkan perkara berkenaan.

Pada 27 Feb lepas, seorang lelaki menggunakan nama Facebook Foo Sin Wai ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW, namun dibebaskan dengan jaminan polis, dan terdahulu, tindakan lelaki itu memuat naik karikatur menghina perkahwinan Rasulullah dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah, mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh negara.


Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...