Skip to main content

Insiden kekasaran Norhizam tidak boleh diterima


MELAKA -- Kerajaan Negeri digesa agar mengkaji semula kedudukan  Norhizam  Hassan Baktee sebagai Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Kamaruddin Sidek.
Beliau berkata walau apa sahaja sebab diberikan, insiden kekasaran Norhizam terhadap rakyat baru-baru ini tidak boleh diterima terhadap seorang individu bergelar ‘Yang Berhormat’ yang sepatutnya membela kebajikan rakyat.
Katanya Norhizam pernah dikaitkan dengan insiden pencerobohan stor baja di Sungai Rambai sebelum ini, namun amat mendukacitakan apabila insiden tidak diingini yang menjejaskan reputasi Kerajaan Negeri berlaku sekali lagi.
“Sebelum ini, saya pernah membuat kenyataan agar exco terbabit digugurkan atas prinsip reputasi dan moral Kerajaan Negeri, tetapi Ketua Menteri (Adly Zahari) terus mempertahankan beliau. Akhirnya rakyat Melaka melihat slogan 'Wibawa' Kerajaan Negeri tidak memberikan apa-apa makna bahkan sekadar retorik.
“Saya dapati sekiranya tiada apa-apa tindakan, nescaya perkara seumpama akan berulang lagi,” katanya menerusi kenyataan di sini.
Baru-baru ini video Norhizam, bersikap kasar terhadap penduduk kampung dalam isu penutupan Jalan Pulau Nibong-Taman Akasia di Batu Berendam di sini menjadi tular dalam laman media sosial, dan semalam  Norhizam serta Adly bagi pihak Kerajaan Negeri memohon maaf atas insiden itu.
Sementara itu, Adly ketika ditemui pemberita di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini berkata tiada keperluan untuk Norhizam meletak jawatan sebagai exco kerana telah berkhidmat dengan baik sebelum ini, namun mengakui Norhizam perlu memperbaiki dirinya, lapor Bernama.
“Dia exco yang hampir setiap hari bertemu rakyat untuk selesaikan masalah, cuma pendekatan dan kaedah digunakan (perlu diperbaiki), ini dari masa ke semasa kita akan perbaiki.
“Kita di peringkat Kerajaan Negeri saya harap supaya kerajaan ini diberi peluang untuk penambah baikkan dibuat dari masa ke semasa, malah bukan sekadar kita tetapi kepada sistem keseluruhan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata sudah menjadi hasrat rakyat mahu melihat penambah baikkan dalam sistem  pentadbiran di negeri dan negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...