Skip to main content

Pemandu lori lawan arus didenda RM10,200


SHAH ALAM -- Seorang pemandu lori yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan didenda RM10,200 oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah terhadap pelbagai kesalahan trafik yang dilakukan di Shah Alam bermula 2008 hingga kini.
Majistret P. Sarulatha turut memerintahkan G. Alagenran, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) menjalani hukuman penjara 102 hari, sekiranya gagal bayar denda.
Beliau bagaimanapun gagal bayar denda itu dan dihantar ke Penjara Kajang.
Alagenran yang merupakan bapa kepada empat anak menghadapi 16 pertuduhan melibatkan pelbagai kesalahan lalu lintas yang dilakukan di Shah Alam bermula 2008 hingga kini.
Beliau yang mempunyai 12 waran tangkap di Shah Alam didakwa di bawah Seksyen 26 (1), Seksyen 56(1) dan Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk pelbagai kesalahan lalu lintas.
Terdahulu, peguam mewakili tertuduh, Amirul Nazreen Anas memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas anak guam sebab pengakuan bersalah menjimatkan kos dan masa mahkamah.
Beliau juga berkata Alagenran yang berpendapatan RM1,600 sebulan terpaksa membayar sewa rumah RM600.
Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Nur Syazwanie Marizan, alpor Bernama.
Alagenran yang memandu lori secara melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 432, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya, Rawang, turut didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Kubu Bharu hari ini.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan itu yang diviralkan dalam media sosial sejak 7 Okt lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...