Skip to main content

Banyak salah guna dan aduan - Mujahid


KUALA LUMPUR -- Prosedur operasi standard (SOP) bagi penguatkuasaan aktiviti khalwat akan ditambah baik dengan mengambil kira pendekatan yang mengikut tatacara Islam sebenar termasuk melindungi ruang dan mengelakkan aib pada mangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata penguat kuasa perlu mengikut prosedur tertentu yang lebih jelas bagi mengelakkan kesilapan termasuk yang bertujuan menganiaya seseorang.

"Apa yang kami mahu lakukan ialah tambah baik kelemahan. Bukan dapat maklumat dan terus serbu. Pelaksanaan serbuan tidak sempurna banyak kelompongan. Saya di sini mahu memperbaiki SOP, dari segi teknikal.

"Ada kes-kes tertentu yang melibatkan serbuan khalwat sedangkan mereka adalah pasangan suami isteri...ia sesuatu yang mengaibkan," katanya selepas menjadi tetamu Dialog dengan tajuk 'Rahmatan Lil A'lamin di Malaysia' di Universiti Malaya, lapor Bernama.

"Saya tidak ada statistik kesalahan penguatkuasaan. Apa yang saya boleh katakan banyak salah guna, dan terdapat banyak aduan. Perlu jaga prinsip, jangan mengintip dan aibkan orang,” katanya.

Mujahid berkata SOP sedia ada berdasarkan aduan tetapi menegaskan bahawa sebarang serbuan perlu mempunyai bukti kukuh sebelum dilakukan.

Comments

Popular posts from this blog

Kementerian Pendidikan nafi tak sambung kontrak syarikat kawalan keselamatan

KUALA LUMPUR -- Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) bahawa kementerian tidak menyambung kontrak syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang tamat tempoh pada 31 Dis lepas. Dalam satu kenyataan, KPM menegaskan kesemua kontrak yang tamat tempoh itu telah ditender semula mengikut keperluan semasa, norma baharu kementerian. "KPM tidak pernah menganiaya mana-mana pihak dalam perkara ini dan tidak pernah menamatkan perkhidmatan 12,000 pengawal keselamatan seperti yang didakwa PIKM. "Kontrak yang ditender semula disertai oleh syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan berdasarkan keperluan semasa seperti bilangan syif dan pekerja," kata kenyataan itu. KPM berkata syarikat yang pernah mendapat kontrak daripada kementerian sebelum ini juga menyertai proses tender yang dijalankan secara adil, telus dan penuh berintegriti. Presiden PIKM Datuk Seri Mu

Proton SUV open for booking at RM1,000

KUALA LUMPUR -- National car maker, Proton Holdings Bhd, is adopting an alphanumerical naming system for its future models beginning with the X70, its first sport utility vehicle (SUV). Sales and Marketing Vice-President Abdul Rashid Musa said the letter X is synonymous with crossover or SUV vehicles, while the number 70 denoted the size or class of the SUV and would enable Proton to adopt a logical system to add bigger or smaller models in the future. “This is the first time an alphanumerical naming system is used on a Proton model as our research shows it will make it easier to sell in ASEAN and other international markets, as there are no language barriers to overcome,” he told reporters at the preview of the new SUV. Proton Chief Executive Officer Dr Li Chunrong said Proton's adoption of the new naming system would make customer more focus on the brand name as compared with the model name. Abdul Rashid, who is also the Chief Executive Officer of Proton E

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari dengan Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman 10 daripada mereka termasuk tujuh penjawat awam terbabit sehingga Jumaat ini. Empat pem