Skip to main content

Norhizam akui silap, kasar bahasa dan keterlaluan


MELAKA -- Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani  Melaka Norhizam Hassan Baktee memohon maaf dan akan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya terutamanya aspek komunikasi apabila berhadapan dengan rakyat.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu dan Timbalan Pengerusi DAP Melaka itu berkata beliau mengakui kesilapan, kekasaran bahasa serta keterlanjuran kata ketika berkomunikasi dengan rakyat dalam menyelesaikan isu penutupan jalan, semalam.

"Saya sedar bahawa insiden yang tular di media sosial sejak petang semalam telah memberi imej negatif kepada diri saya sebagai wakil rakyat dan kerajaan yang saya wakili.

"Sebagai ADUN yang dipilih oleh rakyat, saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan penduduk terutama dalam kawasan saya," katanya pada siding media oleh DAP Melaka di Seri Negeri.

Turut hadir Pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew dan Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong serta penduduk kampung yang terlibat.

Isu penutupan Jalan Pulau Nibong-Taman Akasia di Batu Berendam di sini menjadi hangat apabila video Norhizam, bersikap kasar terhadap penduduk kampung tersebut tular di laman media sosial.

Sementara itu, Tey berkata Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan mengadakan dialog atau perbincangan semula dengan penduduk Taman Akasia, Kampung Pengkalan Batu serta kampung di kawasan itu antaranya Kampung Pulau Nibong, dalam masa terdekat untuk mencari penyelesaian terbaik.

Beliau berkata perbalahan antara Norhizam dan penduduk kampung itu dianggap selesai setelah pihak terlibat  bersemuka hari ini.

"Kita selesaikan masalah ini ikut cara orang Malaysia, orang Melaka saling bermaafan, mengaku kesilapan masing-masing kerana kita manusia biasa dan memperbaikinya. Kita akan cari titik keseimbangan dan penyelesaian antara kehendak 180 penduduk taman dan penduduk kampung," katanya.

Bernama hari ini melaporkan permintaan penduduk kampung itu untuk kerajaan negeri dan wakil rakyat terlibat duduk semeja berbincang bagi mencari penyelesaian isu penutupan jalan itu yang telah mengganggu kehidupan seharian mereka.

Khoo pula berkata DAP Melaka  menerima segala teguran dan nasihat yang dibuat terhadap wakil rakyat yang mewakili parti itu dan akan berusaha memperbaiki kelemahan tersebut.

"Bagi pihak DAP sendiri kita mengakui perkataan dan cara pertuturan dalam insiden yang berlaku itu adalah kasar. Kami berpendapat permohonan maaf secara terbuka perlu dibuat dan berharap semua masyarakat dapat menerima permohonan maaf ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...