Skip to main content

Air pasang, harga ikan pun naik


ALOR SETAR -- Fenomena air pasang termasuk hujan lebat yang melanda beberapa negeri termasuk Kedah kini dipercayai menyebabkan kekurangan bekalan barang basah di pasaran sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Kedah Abdul Hamid Bahari berkata, harga barang basah antaranya ikan dan sotong mengalami kenaikan harga yang mendadak dipercayai akibat kekurangan bekalan.
"Jumlah nelayan yang turun ke laut tidak menentu berikutan keadaan cuaca yang sering hujan dan laut bergelora. Ada masa antara 50 hingga 60 peratus nelayan turun ke laut tetapi apabila cuaca buruk hanya tinggal 20 peratus sahaja nelayan yang turun kerana bimbang dengan keselamatan diri mereka.
"Apabila jumlah nelayan yang turun sedikit maka hasil tangkapan juga berkurangan dan sebab itu ada beberapa barang yang naik harga antaranya ikan kembung yang dijual antara RM12 hingga RM15 sekilogram sedangkan sebelum ini ia boleh dibeli dengan harga RM5 sekilogram," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, sotong dan udang turut mengalami kenaikan harga antara RM5 hingga RM6 sekilogram bergantung saiz yang sebelum ini sekitar RM4 sekilogram, lapor Bernama.
Abdul Hamid berkata keadaan itu juga menyebabkan pendapatan nelayan di kawasan Kuala Kedah sedikit terjejas dan berharap keadaan cuaca kembali biasa bagi membolehkan nelayan turun ke laut mendapatkan hasil.
“Walaupun nelayan yang turun ke laut semasa cuaca tidak baik seperti ini tidak mengalami sebarang kemalangan, kita masih bimbang dengan keselamatan diri mereka jadi kita harap cuaca kembali elok supaya kita dapat turun tangkap ikan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...