Skip to main content

Anwar diramal menang besar


PORT DICKSON -- Kajian oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati 74 peratus pengundi cenderung memilih calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding enam calon lain bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata kajian itu dilakukan terhadap 1,084 responden yang merupakan pengundi di Parlimen itu pada Isnin dan Selasa lepas.
Beliau berkata sebahagian besar mereka memilih Anwar kerana Ketua Umum PKR itu bakal menjadi perdana menteri kelapan.
"Pada hari pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 40 peratus (pengundi) mengatakan akan mengundi Anwar Ibrahim kerana ia merupakan bakal perdana menteri yang kelapan.
"Kita melihat pada waktu itu sejauh mana penerimaan masyarakat, kita boleh simpulkan secara umum masyarakat Port Dickson boleh menerima beliau sebagai calon," katanya dalam sidang media.
Beliau berkata berdasarkan kajian sama, calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar menerima 11 peratus diikuti calon bebas Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (10 peratus) dan empat calon bebas lain masing-masing hanya menerima satu peratus sokongan penduduk di Port Dickson.
Mohammad Redzuan berkata gerak kerja yang dilakukan PAS hanya tertumpu dikawasan Melayu iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Linggi dan Bagan Pinang, lapor Bernama.
Sementara kawasan majoriti Cina dan India iaitu di DUN Chuah dan Lukut kurang diberi perhatian menyebabkan calon parti itu kemungkinan besar tidak mendapat sokongan daripada kedua-dua kaum tersebut, katanya.
Kawasan parlimen Port Dickson terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, 33 peratus kaum Cina, 22 peratus India dan lain-lain sebanyak dua peratus dari sejumlah 77,750 pengundi Port Dickson.
PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan  Anwar, calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...