Skip to main content

Saya hilang elaun, gaji dan semua keistimewaan - Danyal Balagopal


PORT DICKSON -- Bekas Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal  Abdullah sekali lagi menegaskan beliau bukanlah pengkhianat kerana mengosongkan kerusi berkenaan hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Sebaliknya, beliau berkata tindakan itu diambil demi kemajuan Port Dickson dan untuk manfaat  keseluruhan penduduknya memandangkan Ketua Umum PKR itu akan diangkat menjadi perdana menteri yang kelapan.  
“Saya berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lebih kurang 40 tahun dengan cogan kata sedia berkorban. Saya bukan macam orang lain...kalau saya ingin jadi seorang pengkhianat, saya akan beri laluan dan saya pergi...itu boleh dikatakan pengkhianatan. Saya tak, saya hanya beri laluan kepada Anwar dan saya kekal di sini dan menjaga pusat khidmat ini.
"Kalau orang kata saya (letak jawatan itu) berbaloi, memang berbaloi sebab dengan saya sebagai wakil Datuk Seri Anwar dan dia sebagai anggota Parlimen dan bakal perdana menteri, siapa yang akan dapat manfaat lebih...penduduk Port Dickson. Mereka kena faham saya punya pengorbanan dan saya hilang elaun, gaji dan semua keistimewaan...jadi orang kata (saya) pengkhianat kenapa? bukan saya lari, saya ada sini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual selama 45 minit bersama Bernama dan TV3 di sini hari ini.
Bekas Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tahun 2011 - 2015 dan Chef De Mision Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan 2014 itu berkata pengorbanan beliau untuk masyarakat Port Dickson adalah demi memastikan mereka mendapat manfaat yang lebih besar dan tiada sebab untuk mereka marah kepadanya.
Bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu yakin gandingannya bersama Anwar akan mampu melonjakkan lagi kawasan pantai peranginan itu ke arah yang lebih gemilang.
Katanya, meskipun telah melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan, beliau tetap akan memainkan peranannya sebagai wakil kepada Ketua Umum PKR itu yang bakal menjadi perdana menteri bagi memastikan penduduk di kawasan itu dibela dan dalam masa yang sama  memastikan kawasan itu membangun dengan pesat.
“Itu sebab saya ada di sini, (kebajikan penduduk) mesti akan terbela sebab itulah (kalau kita melihat) satu gandingan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau jadi perdana menteri siapa jaga (Parlimen) Langkawi, dulu (bekas perdana menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak)  Pekan, siapa jaga Pekan.
“Itulah sebab Anwar gembira sebab dia boleh bekerjasama (dengan) saya (dan saya) betul-betul berminat nak tolong orang Port Dickson. Ini satu gandingan yang akan beri lebih manfaat kepada penduduk Port Dickson,” katanya, lapor Bernama.
Dalam pada itu, Danyal Balagopal yang berhasrat hendak menjadikan Port Dickson sebagai pusat kecemerlangan pelancongan itu mahu Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, meneruskannya di samping memberi perhatian serius kepada soal kemiskinan dan pendidikan di kawasan itu.
 Bagi memastikan Port Dickson dapat dibangunkan secara holistik, beliau merayu pengundi di kawasan itu memberikan sokongan kepada Anwar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Sabtu ini.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan Danyal Balagopal pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan  Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada Sabtu ini. 
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...