Skip to main content

161 rakyat Malaysia terkandas di Lombok akan dibawa balik



SUNGAI PETANI -- Rakyat Malaysia, yang terkandas akibat gempa bumi kuat di Lombok, Indonesia pada Ahad lepas, akan ditempatkan di satu penempatan khas sebelum dibawa pulang secepat mungkin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan akan memastikan segala urusan membawa pulang kira-kira 161 rakyat Malaysia itu berjalan lancar.

"Penempatan yang akan diadakan itu bagi melicinkan kerja-kerja membawa pulang mereka secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Simulasi Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda.

Pada Ahad lepas, gempa bumi bermagnitud 7 pada Skala Richter menggegarkan Pulau Lombok, Indonesia yang meragut nyawa lebih 90 penduduk.

Gempa bumi yang berlaku pukul 6.46 petang waktu tempatan itu berlaku di 27 kilometer Timur Laut Lombok Utara di Nusa Tenggara Barat.

Wan Azizah berkata ketika ini kerajaan sedang menunggu permohonan daripada kerajaan Indonesia bagi tujuan menghulurkan bantuan kepada negara itu.

"Memang ada tawaran yang kita bagi tapi mereka belum lagi buat permohonan untuk kita ke sana bagi menghulurkan bantuan yang perlu," katanya.

Sambil mengucapkan takziah kepada Indonesia, Wan Azizah berharap rakyat negara ini dapat belajar daripada kejadian itu dan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

"Kita berjiran dengan mereka dan saya berharap rakyat akan sentiasa mengambil langkah siap sedia itu," katanya.

Mengulas kedudukan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata banyak pihak yang sudi mengosong dan menawarkan kerusi mereka kepada Anwar berikutan kemenangannya tanpa bertanding jawatan itu.

"Memang banyak tawaran kerusi tetapi kita belum lagi buat keputusan dan dia (Anwar) sendiri belum buat keputusan untuk bertanding di kerusi mana," katanya.

Sebelum ini, Wan Azizah berkata beliau akan terus memegang jawatan dalam Kabinet dan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan manakala anaknya, Nurul Izzah pula akan terus berkhidmat di Parlimen Permatang Pauh sehingga akhir penggal lima tahun.


Turut hadir, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...