Skip to main content

F**k you Bung Mokhtar buat Dewan Rakyat jadi kecoh




KUALA LUMPUR — Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang Anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Episod kekecohan berkenaan bermula sewaktu Bung Moktar bangkit mencelah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau)  yang baharu memulakan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018.

Beliau menjelaskan mengenai harga barangan di Pasar Borong Selayang yang menurutnya lebih murah sewaktu dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum diganggu Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) yang bertanya ’bukan kasino ke?’.

Bung Moktar yang tidak berpuas hati dengan soalan berkenaan meminta Willie menarik balik  kenyataannya serta menyifatkan beliau tidak layak untuk berada di dalam Dewan Rakyat.

“Biadap. Ini kurang ajar, tarik balik, Yang Berhormat tidak layak duduk sini, samseng. What you want? You nak gaduh dengan saya? f*** you! kau salah orang,” katanya.

Kata kesat Bung Moktar mendapat reaksi ramai Anggota Parlimen PH yang mahu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon menghalau Bung Moktar keluar dari dewan.

Bagaimanapun, Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mencelah berkata Willie telah melanggar Perkara 36 (9) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, yang menyebut bahawa dalam apa-apa perbahasan, sifat dan kelakuan seorang Anggota Parlimen tidak boleh disebut.

Su Keong Siong (PH-Kampar) kemudian bangun mencelah berkata Bung Moktar tidak perlu marah sekiranya beliau tidak buat perkara yang telah disebut Willie.

Mohd Rashid kemudian menangguhkan sesi pagi sidang dewan sebelum meminta Bung Moktar menarik balik perkataan berkenaan selepas sidang dewan bersambung semula pada 2.30 petang.

Bung Moktar akur dengan arahan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...