Skip to main content

Kasih ibu anak pengidap kanser



ALOR SETAR -- Sungguhpun telah mencecah usia 63 tahun namun kasih seorang ibu tunggal terhadap anaknya yang menghidap kanser esofagus tetap utuh dan sanggup membanting tulang bagi menentukan keperluan keluarga terutama anaknya itu dipenuhi sebaik mungkin.

 Zarah Man sanggup bersengkang mata untuk menyiapkan kuih muih untuk diletakkan di beberapa kedai sekitar Pokok Sena dekat sini setiap hari bagi menampung pendapatan keluarga.

 Anak sulungnya daripada tiga adik beradik, Zulkifli Yusof, 43, yang masih bujang dan juga Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori lembam dikesan  menghidap kanser itu pada September lalu selepas mengalami muntah-muntah dan sakit pada bahagian kerongkong ketika makan.

 "Sejak kematian suami pada 2002, sayalah yang mencari duit untuk menyara keperluan kami...walaupun dah tak larat hingga kebas-kebas seluruh badan, saya gagahkan diri demi Zulkifli.

 "Pendapatan saya juga tidak menentu kerana adakalanya kuih-muih habis dijual, tetapi bila mai banyak kuih tak habis ia menjejaskan pendapatan saya secara tak langsung," katanya kepada pemberita di rumahnya di Pokok Sena hari ini.

 Zarah berkata pemeriksaan  yang dilakukan di Hospital Alor Setar lama (kini klinik kesihatan) mendapati terdapat sel kanser di bahagian esofagus yang perlu dirawat segera bagi mengelak ia merebak dan kini Zulkifli terpaksa menggunakan tiup khas yang disalurkan dari hidung ke perut untuk minum susu.

 Zarah berkata anaknya pada masa ini dalam proses untuk mendapatkan rawatan kimoterapi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)  di sini selepas tertangguh disebabkan faktor kekangan kewangan.

 "Walaupun dia (Zulkifli) mendapat bantuan bulanan RM350 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi kos yang diperlukan lebih daripada itu yang mana untuk susu sahaja setiap bulan perlukan dalam RM400.

 "Kos perbelanjaan  untuk berulang-alik ke HSB pula dianggarkan dalam RM200 diperlukan yang mana kadang kala perlu sebulan sekali, ada kala dua atau tiga bulan sekali ke hospital. Duit hasil jualan kuih pula cukup untuk bayar sewa rumah dan bil elektrik serta air sahaja," katanya.

 Mengenai dua lagi anaknya, Zarah berkata mereka ada kehidupan sendiri dan bukannya orang senang.

 Justeru beliau merayu mana-mana agar sudi  menyumbang  bagi  meringankan  bebannya  menyediakan  keperluan harian serta perubatan Zulkifli.

 Kesempitan hidup Zarah mendapat perhatian Pengasas Cancer Survivors Malaysia Zuraini Kamal yang mengadakan kunjungan mesra di rumah keluarga itu serta menyampaikan bantuan barangan makanan serta susu kepada Zulkifli.

 "Kita juga akan membantu membeli tepung yang digunakan Zarah untuk membuat kuih-kuih selama tempoh tertentu bagi meringankan beban Zarah sekali gus dapat meningkatkan keuntungannya  dan lebih fokus menjaga anaknya itu," katanya.

 Pihak yang ingin membantu Zara boleh menghubunginya di talian 012-4548447 atau menyalurkan terus sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Zarah Man di nombor 02130-41-00006287-8.

 -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...