Skip to main content

Anak TYT Sarawak diperintah bayar mutaah RM30 juta


KUALA LUMPUR -- Anak Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib perlu membayar mutaah RM30 juta kepada bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid  selepas  Mahkamah Rayuan Syariah di sini  mengekalkan perintah pembayaran mutaah yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah. 
Hakim Syarie Saarani Ismail dan Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar yang bersidang bersama membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mahmud Abu Bekir, 55, dan rayuan silang oleh  Shahnaz, 55.
Sebelum ini rayuan itu didengar di hadapan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Syarie Datuk Yusof Musa. Bagaimanapun hanya Hakim Saarani dan  Dr Mohd Naim yang bersidang kerana Hakim Yusof telah bersara.
Mahmud Abu Bekir merayu untuk mengurangkan jumlah mutaah yang diputuskan  Mahkamah Tinggi Syariah pada 10 Mac 2016  manakala  Shahnaz dalam rayuan silangnya memohon jumlah RM30 juta ditambah kepada RM100 juta.
Panel berkenaan  juga memerintahkan ahli perniagaan itu membuat bayaran nafkah mutaah tersebut secara tiga kali ansuran bermula 31 Oktober ini dengan jumlah bayaran RM10 juta setiap kali transaksi.
Dalam penghakimannya, panel tersebut berpendapat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah  tidak salah arah mahupun terkhilaf dalam keputusan pada 10 Mac 2016, yang memerintahkan Mahmud Abu Bekir, membayar mutaah RM30 juta terhadap  Shahnaz.
“Berdasar penelitian, kami mendapati bahawa hakim bicara berada dalam kedudukan terbaik dalam membuat dapatan, tidak ada kekhilafan. Mahkamah dengan ini menolak rayuan dari kedua-dua belah pihak, (Mahmud Abu Bekir dan Shahnaz) dan mahkamah berpendapat, keputusan untuk membayar RM30 juta adalah betul dari segi prinsip, undang-undang dan hukum syarak, oleh itu keputusan itu dikekalkan,” kata Hakim Syarie Saarani.
Mahmud Abu Bekir dan Shahnaz, bernikah pada 9 Januari 1992, dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 25, namun pada pada 11 Mei 2011 mereka bercerai dengan talak satu.
Pada 9 Jun 2011, Shahnaz yang merupakan kakak kepada ratu jazz negara Datuk Sheila Majid memfailkan tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta daripada bekas suaminya itu.
Bagaimanapun, pada 10 Mac 2016, Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Mahmud Abu Bekir membayar mutaah RM30 juta selepas memutuskan bahawa Shahnaz, berhak menerima tuntutan (RM30 juta) selain mengambil kira kesedihan akibat diabaikan lebih 10 tahun oleh Mahmud Abu Bekir.
Jumlah RM30 juta yang diputuskan oleh mahkamah itu difahamkan adalah jumlah yang tertinggi dalam kes tuntutan mutaah setakat ini, lapor Bernama.
Mahmud Abu Bekir kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan tiga hari selepas itu namun pada 21 Mac 2016, Shahnaz yang tidak berpuas hati dengan jumlah RM30 juta juga memfailkan rayuan silang.
Pada 30 Mac 2016 Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Mahmud Abu Bekir menangguhkan pelaksanaan perintah pembayaran mutaah tersebut.
Mahmud Abu Bekir diwakili peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Shahnaz diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Kadir dan Dr Mohd Rafie Shafie.
Ketika ditemui pemberita di luar bilik bicara, Shahnaz yang memakai jubah dan tudung serba biru serta tidak lekang dengan senyuman memberitahu dia bersyukur dengan keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada semua pihak terutama keluarga dan peguam yang sentiasa bersamanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...