Skip to main content

Didakwa sebab tendang, pukul anjing


KUANTAN -- Seorang bapa kepada empat anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menendang dan memukul seekor anjing, yang videonya tular di laman sosial minggu lalu. 
Ng Eh Choah, 47, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah, namun pengakuannya tidak diterima memandangkan tertuduh masih menjalani rawatan masalah mental. 
"Meskipun tertuduh membuat pengakuan salah namun selepas melihat dan menilai keadaan tertuduh, mahkamah memutuskan tertuduh perlu menjalani pemeriksaan di hospital. 
"Mahkamah perlu mendapatkan laporan penuh perubatan tertuduh sebelum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan kes," katanya. 
Nurunaim kemudiannya memerintah tertuduh dihantar Hospital Permai,Tampoi di Johor selama sebulan dan menetapkan 14 Nov depan untuk sebutan semula.
Tertuduh yang beralamat di Kampung Meranti Nenasi, Pekan dekat sini didakwa menendang dan memukul anjing itu pada pukul 9 pagi, 10 Okt lalu di kawasan Syarikat Perkhidmatan Hung Thai Crane, Jalan Semambu-Jabor di sini, lapor Bernama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut  Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Muhammad Hakimie Ali mewakili tertuduh manakala pendakwan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayati Abdullah. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...