Skip to main content

AirAsia akan terbang dari Pulau Pinang ke Melaka mulai 1 Julai


KUALA LUMPUR -- AirAsia Bhd akan memulakan laluan baharu dari Pulau Pinang ke Melaka bermula 1 Julai 2019.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata penerbangan itu akan meningkatkan ketibaan pelancong ke Melaka serta membantu kerajaan negeri mencapai sasaran menarik 20 juta pelancong pada 2019.

Dalam kenyataan hari ini, AirAsia berkata atas kejayaan itu, syarikat penerbangan tersebut menawarkan tempat duduk percuma bagi laluan baharu itu dengan tambang dari serendah RM12 untuk perjalanan sehala.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Riad Asmat berkata Melaka yang kaya dengan sejarah dam tersenarai sebagai warisan dunia oleh UNESCO, merupakan destinasi pelancongan pilihan Malaysia.

"Laluan baharu ini mengukuhkan lagi kehadiran pelancongan di Malaysia dan menyediakan lebih banyak pilihan bagi pengunjung antarabangsa untuk melancong ke Pulau Pinang dan Melaka.

"Kami berharap dapat meneruskan usaha meneroka lebih banyak laluan baharu ke Melaka dari rangkaian ASEAN kami," katanya.

Sempena pelancaran itu, AirAsia menawarkan diskaun sehingga 50 peratus caj penginapan hotel di Melaka atau Pulau Pinang, dan tambahan lima peratus jika menggunakan kod promo HOTEL5.

Untuk tempahan, pengguna boleh melayari airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia mulai sekarang hingga 21 April 2019 bagi perjalanan dari 1 Julai 2019 hingga 2 Jun 2020.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...