Skip to main content

Bibir dan jari jadi biru bila aktif


BUTTERWORTH -- Seorang bayi lelaki, Muhammad Syawal Mohd Azani Azuan, berusia sembilan bulan yang menghidap masalah jantung memerlukan RM80,000 bagi menampung kos pembedahan yang perlu dijalankan secepat mungkin.

Bapa kepada bayi malang itu, Mohd Azani Azuan Abdul Halim, 28, hari ini berkata terdahulu, anaknya mengalami komplikasi usus sejak dilahirkan pada 1 Julai 2018 dan terpaksa menjalani pembedahan, namun sebulan selepas pembedahan usus itu, doktor mengesahkan anaknya mengalami kongenital jantung.

"Jika waktu anak saya aktif, maka bibir dan jarinya akan bertukar warna menjadi kebiru-biruan. Tambahan lagi dia sukar untuk tidur pada waktu malam," katanya sambil menambah komplikasi yang dihadapi anaknya termasuk jantung berlubang, injap jantung sempit, blok jantung bengkok dan otot jantung bengkak.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di sini, beliau yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Baru dekat sini sanggup menggadaikan apa sahaja harta yang ada bagi memastikan anaknya dapat menjalani pembedahan itu supaya dapat sihat kembali.

"Pendapatan saya hanya RM1,300 sebulan, malah isteri juga telah berhenti kerja sejak anak kami mula sakit...kalau boleh saya nak gadai motosikal atau apa sahaja yang ada dengan harapan dapat tampung kos pembedahan ini," katanya.

Sementara itu, sebuah badan kebajikan One Hope Charity and Welfare Berhad yang mengatur sidang akhbar berkenaan telah menyumbangkan RM10,000 kepada Mohd Azani Azuan sebagai pembayaran pendahuluan kepada sebuah hospital swasta di George Town untuk menjalankan pembedahan itu.

Pengerusi One Hope Charity and Welfare Berhad, Chua Sui Hau berkata keluarga Mohd Azani Azuan perlu dibantu dengan segera kerana ia melibatkan nyawa seorang bayi yang berhak untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

"Kami di One Hope Charity berharap seluruh rakyat Malaysia yang prihatin untuk sama-sama membantu keluarga bayi ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan lebih baik selepas ini," katanya.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Public Bank Berhad One Hope Charity and Welfare Berhad bernombor 3193433435 atau menghubungi mereka di talian 016-4192192 atau 04-5059800.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...