Skip to main content

Kami akan terus usahakan untuk hak sama rata


KOTA KINABALU -- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan Sabah akan bekerjasama dengan Sarawak, memulihkan status kedua-dua negeri sebagai rakan kongsi yang mempunyai hak sama rata dengan Semenanjung Malaysia, selepas pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan di parlimen semalam gagal.

Beliau berkata kerajaan Sabah akan berbincang dengan Sarawak untuk mendapatkan sokongan agar perkara berkenaan dapat direalisasikan di masa akan datang.

“Saya akan menghubungi rakan-rakannya di Sarawak untuk mengkaji semula perkara itu dan memastikan usaha sebegini berjaya dicapai. Kita akan melaksanakan satu lagi usaha membawa perkara berkenaan di parlimen.

“Kita akan terus berjuang untuk apa yang dipersetujui nenek moyang kita pada tahun 1963," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata membawa perkara berkenaan (pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan) ke parlimen adalah yang pertama kali, selepas lebih 50 tahun usaha untuk memulihkan status Sabah.

“Sebenarnya perkara itu (pindaan) sangat mudah, dan kita hanya mahu kembalikan apa yang dinyatakan pada tahun 1963, dan meletakkan ia semula ke perlembagaan 2019,” katanya.

Diminta mengulas mengenai keputusan anggota Parlimen daripada Sarawak yang tidak menyokong pindaan berkenaan, Mohd Shafie berkata beliau tidak berhak untuk memberi sebarang pandangan.

“Mungkin mereka tidak bersetuju dengan pindaan berkenaan, kerana berpendapat ada lagi beberapa pindaan yang perlu dilakukan secara bersama. Sudah tentu, kita perlu mendengar pendapat mereka, namun apa kita perlu tahu bahawa selepas pindaan berkenaan kita akan buat lagi pindaan selanjutnya,” tambahnya.

Semalam, Dewan Rakyat gagal mendapatkan undian dua pertiga atau 148 undi yang diperlukan untuk memulihkan Sabah dan Sarawak ke status asalnya seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pembacaan kedua Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 menyaksikan hanya 138 anggota parlimen yang menyokong, manakala 59 ahli parlimen lain termasuk Gabungan Parti Sarawak tidak mengundi.

Dalam pada itu Mohd Shafie berkata Sabah tetap akan meneruskan tuntutan yang dibuat sebelum ini seperti tuntutan royalti minyak 20 peratus, walaupun melihat usaha mendapatkan tuntutan itu akan lebih berliku berikutan kegagalan pindaan Perlembagaan Persekutuan semalam.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...