Skip to main content

Siapakah yang mendapat perkenan Sultan Johor


JOHOR BAHRU -- Dr Sahruddin Jamal, Mohd Khuzzan Abu Bakar, Aminolhuda Hassan, merupakan antara nama disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor beberapa hari kebelakangan ini, sebelum pengesahan peletakan jawatan Datuk Osman Sapian hari ini.

Satu poster yang meletakkan gambar ketiga-tiganya, menjadi viral melalui media sosial hari ini, dengan tajuk “siapa pun calon Menteri Besar Johor mestilah mendapat perkenan daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.”

Dalam pada itu, menurut sumber dalaman PKR, pihaknya mengetahui kerusi dan jawatan Menteri Besar Johor, adalah kouta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor.

Bagaimanapun PKR tetap menyediakan dua nama iaitu Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Adun Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni.

“Namun semua keputusan untuk jawatan Menteri Besar Johor ini adalah atas perkenan Sultan Johor dan apa juga keputusan jawatan berkenaan akan kami terima.

“Namun perkara paling penting adalah khidmat yang diberikan kepada rakyat, dengan mendahulukan rakyat,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, difahamkan Parti Amanah akan menghantar nama calon sekiranya mendapat titah dari Sultan Johor.

"Kita tunggu titah daripada Tuanku (Sultan Ibrahim). Jika Tuanku titah maka kita akan hantar. Setakat ini, Amanah belum hantar lagi," kata sumber dalaman parti itu kepada Bernama.

Sumber itu turut memberitahu parti itu sudah pun meletakkan nama calon yang hanya akan dimaklumkan kemudian.

Dr Sahruddin dari Parti Pribumi Bersatu Johor (Bersatu) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong manakala Mohd Khuzzan, yang juga ADUN Semerah itu, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri. 

Sementara itu, Aminolhuda yang merupakan Pengerusi Amanah Johor, kini turut menyandang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan dan merupakan ADUN Parit Yaani.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dari kerajaan negeri.

Terdahulu, Dr Sahruddin menjadi wakil rasmi Osman ke Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang berlangsung di Putrajaya hari ini.

Pengumuman peletakan jawatan Osman disahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini di lobi parlimen, selepas satu pertemuan antara Dr Mahathir dan Osman di Putrajaya semalam.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...