Skip to main content

Balak RM1.4 juta dirampas di Kanowit


SIBU -- Batalion Ke-10 Pasukan Gerakan Am di sini mencapai kejayaan terbesar dalam usaha memerangi pembalakan haram, apabila membuat satu rampasan bernilai RM1,426,500 berkaitan kegiatan itu di Poi, Kanowit Isnin lalu.

Kejayaan tersebut diperolehi selepas sepasukan lapan anggota risik batalion itu yang diketuai Insp. Mohd Salman Zulfitri Sheekandar bersama 12 penguatkuasa Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Bahagian Sibu yang diketuai Mohd Norazlan Jamil, membuat serbuan dan pemeriksaan pada 12 tengah hari di sebuah kolam balak di Ulu Sungai Uka, 27 km ke selatan pekan Kanowit.

Seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun dan seorang warga Indonesia berusia 39 tahun yang tiada permit kerja ditahan dalam serbuan tersebut.

“Dalam serbuan tersebut, selonggok lebih kurang 260 batang kayu balak pelbagai saiz dan spesis, yang dipercayai ditebang secara haram ditemui di lokasi tersebut. Nilai kayu-kayu balak itu sahaja dianggarkan RM700, 000,” kata Penolong Pegawai Pemerintah BN10 DSP Frediel Nyambong pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Selain itu, pihaknya turut menemui dua buah jengkaut, dua buah jentolak, dua buah kenderaan pacuan empat roda, seunit gergaji berantai, seunit pam air, seunit set janakuasa elektrik dan seunit janakuasa pengimpal.

Menurut beliau, lelaki warga tempatan itu mengakui jentera-jentera terbabit miliknya namun gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan aktiviti pembalakan di situ apabila diminta.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kayu-kayu balak terbabit tidak mempunyai tag plastik LPI (log production identity), tiada tanda tukul Jabatan Hutan dan tiada tanda tukul hak milik.

Frediel berkata, kesemua barang dan tangkapan ditahan di bawah Ordinan Hutan Sarawak 2015 dan telah diserahkan kepada pihak Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) Sarawak untuk tindakan lanjut.

Sejak awal tahun ini, BN10 memperoleh sembilan kejayaan di dalam Op Libas bagi membanteras pembalakan haram dan satu kejayaan di dalam Ops Batas yang mencegah penyeludupan barangan kontraban.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan Op Libas dan Op Batas oleh BN10 sepanjang tempoh itu adalah sebanyak RM3,375,350.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...