Skip to main content

RM2.7 bilion wang FELDA untuk beli undi PRU14


KUALA LUMPUR -- Sejumlah RM2.7 bilion wang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang pilihan raya umum, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketika membentangkan Kertas Putih FELDA, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini, beliau berkata dapatan itu merupakan antara yang terkandung daripada hasil laporan audit forensik yang disediakan oleh sebuah firma audit bebas profesional.

Kertas itu dibentangkan berikutan kecelaruan pengurusan dan hutang melampau agensi tersebut yang melebihi RM8 bilion.

Mohamed Azmin berkata Kertas Putih itu turut mendedahkan kedudukan kewangan FELDA bertambah tenat akibat pembaziran berterusan dengan pembelian aset pada kadar yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Sebagai contoh, pembelian Eagle High daripada PT Rajawali Capital International (yang dimiliki oleh Peter Sondakh) pada kadar 96 peratus lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran ketika itu.

“Pada Mac 2019, pelaburan berjumlah RM2.3 bilion itu hanya mempunyai nilai pasaran RM500 juta,” katanya. 

Menurutnya, Kertas Putih itu turut mendedahkan situasi FELDA menjadi semakin serius dan parah akibat ‘corporate malfeasance’ atau kedurjanaan urus tadbir korporat.

“Jumlah liabiliti FELDA telah meningkat dengan ketara sebanyak 1,100 peratus daripada RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017 berbanding dengan kenaikan nilai aset yang mencatatkan hanya 107 peratus.

“Manakala, keuntungan FELDA jatuh sebanyak 590 peratus dalam tempoh yang sama. Ini menunjukkan bahawa pinjaman hutang tidak menambah nilai kepada FELDA. Sebaliknya, pinjaman yang dibuat oleh FELDA memberikan impak yang buruk kepada kedudukan kewangan FELDA,” katanya.

Mohamed Azmin berkata dapatan audit forensik itu menunjukkan kerugian atau penjejasan nilai aset  berjumlah RM2.2 bilion bagi lapan transaksi urus niaga yang disiasat, iaitu 50 peratus daripada nilai pelaburan asal.

Selain itu, katanya, audit forensik tersebut juga mendedahkan kepincangan tadbir urus dan kegagalan kawalan dalaman yang mana ia mendapati konflik kepentingan ketara dalam pengurusan apabila Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang pada masa itu memegang jawatan Pengerusi FELDA turut menjadi pengerusi Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dan FGV Holdings Berhad (FGV).

Pada masa yang sama, katanya, Mohd Isa juga memegang jawatan pengerusi bagi 39 anak syarikat di bawah FELDA dan FGV selain mempunyai kuasa eksekutif sebagai Pengerusi FELDA.

Beliau turut memberikan contoh mengenai pembelian Park City Grand Plaza Kensington di London yang dibuat oleh Mohd Isa tanpa kelulusan Lembaga Pengarah FELDA dengan harga yang melebihi kadar pasaran dan gagal mengikut dasar pelaburan yang ditetapkan.

“FO1 (Mohd Isa) membeli aset ini pada harga RM331 juta sedangkan harga pasaran ketika itu hanyalah RM128 juta,” katanya.

Mohamed Azmin berkata susulan hasil penemuan ini, kerajaan telah mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan FELDA dengan membentuk satu pasukan khas di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bersama pengurusan baharu FELDA dan firma profesional.

Menurutnya, pasukan ini memberi fokus kepada penilaian semula kedudukan kewangan, pelaksanaan kajian audit forensik dan pembentukan hala tuju baru FELDA. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...