Skip to main content

Tiga rayuan Najib ditolak mahkamah


PUTRAJAYA -- Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan perintah sekatan bagi menghalang media dan orang ramai daripada membincangkan merit kesnya serta mendapatkan dokumen tambahan untuk menyediakan pembelaannya.

Bekas perdana menteri berusia 66 tahun itu juga gagal dalam rayuannya berhubung prosedur yang diambil oleh Peguam Negara untuk memindahkan kes beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum sebulat suara menolak ketiga-tiga rayuan itu.

Sementara itu, mahkamah turut menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintah pendakwaan supaya mengemukakan surat pelantikan  pendakwa ad hoc  Sulaiman Abdullah kepada pihak pembelaan.

Ketika menyampaikan keputusan mahkamah berhubung rayuan Najib bagi mendapatkan dokumen tambahan, Hakim Tan Sri Idrus Harun, seorang daripada anggota panel hakim itu, berkata Parlimen telah meluluskan Seksyen 51 Kanun Tata Cara Jenayah (CPC) untuk mengawal apakah dokumen yang perlu dibekalkan kepada pembelaan sebelum perbicaraan dan perkara ini telah pun dipatuhi oleh pihak pendakwaan.

Beliau berkata Najib tidak berhak untuk mendapatkan sebarang dokumen tambahan lagi pada peringkat ini, dan menambah, jika permohonan (Najib) itu dibenarkan, ia akan sama seperti menyerahkan keseluruhan kertas siasatan kepada beliau.

Hakim lain dalam panel berkenaan ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Seri David Wong Dak Wah dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ramly Ali, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat serta Datuk Nallini Pathmanathan.

Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini turut menolak tiga rayuan Najib.

Najib, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan kes beliau bermula pada 3 April dan pendakwaan telah memanggil seorang saksi untuk memberi keterangan pada hari berkenaan. Perbicaraan akan bersambung dari 15  April hingga 10 Mei.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...