Skip to main content

Mahkamah benarkan kubur Nazrin digali semula


PETALING JAYA -- Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin membenarkan permohonan pihak polis untuk menggali semula kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu.
Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mendengar permohonan pihak polis yang diwakili pegawai penyiasatnya.
Hasil semakan di mahkamah mendapati bahawa permohonan itu dibuat untuk mendapatkan mayat Nazrin bagi menjalankan bedah siasat kali kedua dan difahamkan  proses menggali semula kubur itu akan dibuat pada Rabu ini.
Terdahulu, beberapa anggota keluarga Nazrin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 9.40 pagi sebelum keluar kira-kira 40 minit kemudian.
Ketika ditanya media mengenai permohonan berkenaan,  pegawai penyiasat kes itu enggan memberikan sebarang maklumat, lapor Bernama.
Pada 4 Sept lalu, isteri kepada Nazrin dan bekas suaminya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes, seterusnya pada 9 Sept lalu, turut ditahan reman dua anak tiri Nazrin yang berusia 14 dan 16 tahun.
Pada 24 Sept lalu, sepasang suami isteri yang merupakan adik ipar kepada Nazrin pula direman selama empat hari. Bagaimanapun, kesemua suspek dibebaskan selepas tamat reman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Fadzil Ahmat sebelum ini berkata kes kematian Nazrin diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh selepas laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan wujud kesan petrol di lokasi kejadian, selain berdasarkan hasil bedah siasat.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...