Skip to main content

Tak sampai lima minit saya dengar suara...


SETIU -- “Saya dah larang kakak supaya jangan mandi jauh dari saya, tapi tak sampai lima minit saya dengar suara meminta tolong,” keluh ibu kepada Nur Qumairah Qistina Mohammad Nizam, 12, yang lemas di lagun Boardwalk, di sini, pada Ahad.
Che Azlina Che Muda, 39, berkata sebelum kejadian anak sulungnya itu kerap merayu agar membawa beliau ke situ namun berjanji akan menunaikan permintaan tersebut selepas selesai Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Khamis lalu.
“Memang niat nak bawa arwah ke sini lepas habis UPSR. Jadi saya ajak sekali kawan-kawan rapat arwah tiga orang yang memang selalu dengan beliau dalam satu kelas.
“Saya tak sangka benda ni nak jadi, pada awalnya kami datang memang nak mandi manda juga tapi tak adalah sampai ke kawasan tengah cuma di kawasan cetek,” katanya ketika ditemui pemberita di Boardwalk Setiu, Pengkalan Gelap di sini.
Menurut Azlina, yang merupakan seorang suri rumah,  semasa kejadian, ayahnya, Che Muda Che Ahmad, 66, dan orang ramai cuba menyelamatkan anaknya dan tiga rakannya  Nor Hafizatul Nabihah Mohd Jaffar, Nur Ain Najihah Abdul Rani dan Aisha Syakirah Ishak, kesemuanya berusia 12 tahun.
Bagaimanapun hanya dua dapat diselamatkan iaitu Nur Ain Najihah dan Aisha Syakirah manakala anaknya dan Nur Hafizatul Nabihah ditemui lemas.

Sementara itu saksi kejadian, Nik Azman Nik Man, yang merupakan salah seorang anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, berkata semasa kejadian tersebut beliau turut berada di lokasi berkenaan bersama keluarganya.
“Saya kebetulannya bersama keluarga datang mencari kepah di sini dan lihat mereka bermain air di belakang saya. Waktu itu saya juga lihat datuk mangsa berada berdekatan.
“Tak lama lepas tu saya dengar orang minta tolong. Bila tengok hanya tinggal dua orang sahaja di permukaan dan dua lagi sudah tidak kelihatan,” katanya, la[por Bernama.
Menurut Nik Azman, beliau sempat membantu mencari dan menyelamat bersama-sama orang ramai dan anggota bomba yang datang dalam operasi tersebut.
Empat sahabat berkenaan adalah murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rahmat, Setiu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...