Skip to main content

Bekas pekerja kilang selamat dari tali gantung


GEORGE TOWN -- Seorang bekas pekerja kilang terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah, tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohammad Bakri Mazlan, 25 di akhir kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya Abdul Wahab berkata tertuduh tiada pengetahuan mengenai dadah serta bukan pemilik dadah.
"Berdasarkan keterangan daripada saksi pendakwaan kelapan, tertuduh hanya menerima arahan daripada seorang individu dan hanya menurut arahan itu dengan mengambil  12 bungkusan yang terdiri daripada barang-barang yang diseludup dan bukannya dadah, dari laut dan dibawa ke lori," katanya. 
Abdul Wahab berkata tertuduh juga tidak mengetahui bahawa bungkusan yang dibawa itu adalah dadah.
Mengikut pertuduhan pindaan, Mohammmad Bakri bersama dua lagi yang masih bebas didakwa mencapai niat bersama  mengedar dadah berbahaya  jenis  kanabis  seberat 447,032.5 gram di tepi tapak pembinaan Angsana Senja Aman, Teluk Bahang di daerah Barat Daya di sini, pada 6 pagi, 23 Mei 2015.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a)  Akta Dadah Berbahaya  1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama  serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum gantung  atau dipenjara seumur hidup  serta dikenakan sebat  tidak kurang  daripada 15 sebatan  sekiranya tidak dihukum gantung.
Seramai lapan saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Emma Syafawati Abdul Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Hussaini Abdul Rashid.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...