Skip to main content

Anwar akan menang - penganalisis


PORT DICKSON -- Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka  tidak menghadapi  masalah untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sekalipun berdepan enam  calon lain, namun persoalan yang dibangkitkan kebanyakan pihak ialah kemampuannya meraih majoriti lebih besar berbanding penyandang sebelum ini.
Mereka mendasari keperluan majoriti lebih besar itu sebagai cerminan sokongan dan penerimaan rakyat terhadap bakal perdana menteri kelapan tersebut sementelah Anwar juga pernah menjadi orang ‘Nombor Dua’ negara.
Namun, tidak semua bersetuju dengan pandangan tersebut selepas mengambil kira statistik tiga PRK sebelum ini yang masing-masing merekodkan peratusan keluar mengundi antara yang terendah  dalam sejarah pilihan raya negara sekalipun ketiga-tiga PRK tersebut memihak kepada Pakatan Harapan (PH).
Prof. Dr Sivamurugan Pandian misalnya, berpandangan jumlah majoriti tidak wajar dijadikan pengukur kepada penerimaan terhadap Anwar memandangkan pemilihan  itu hanya satu pilihan raya kecil dan bukan pemilihan di peringkat nasional.
“Jadi tiada isu berkenaan majoriti berapa yang sepatutnya diperoleh Datuk Seri Anwar. Lebih satu pun dah dikira pemenang,” kata pemerhati politik yang juga Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia itu  kepada Bernama, di sini.
Menurutnya  Anwar  adalah satu nama besar yang sudahpun membuktikan karisma dan ketokohannya  dalam arena politik tanah air dan juga antarabangsa.
Mengambil kira peratusan keluar mengundi yang rendah pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong baru-baru ini, di atas kertas sememangnya agak sukar  bagi Anwar “menewaskan” majoriti 17,710  undi yang diperoleh oleh penyandang sebelum ini Datuk Danyal Balagopal  Abdullah.
Pada pilihan raya umum Mei lalu, Danyal selaku calon PH daripada PKR menewaskan calon BN dan PAS  dalam pertandingan tiga penjuru dengan peratusan keluar mengundi kira-kira 82 peratus daripada 75,212 pemilih berdaftar.
Pada  PRK kali ini, seramai 75,770 pemilih layak mengundi dengan 30 peratus adalah pengundi di luar  kawasan dan PH  perlu memujuk kelompok ini balik membuang undi  pada  hari pengundian 13 Okt ini selain  memastikan 70 peratus pengundi dalam kawasan termasuk pemilih awal keluar  mengundi  jika mahu  Anwar menang besar.
Bagi Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain daripada  Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, kejayaan Anwar mengatasi majoriti yang diperoleh penyandang sebelum ini akan mencerminkan Ketua Umum  itu turut diterima oleh masyarakat di luar zon selesanya iaitu Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
“Sekiranya majoriti yang diterimanya kecil, maka saya khuatir ia boleh dipersoalkan ramai pihak,” katanya.
Pada masa sama beliau berkata PH tidak mempunyai sebab untuk berasa bimbang dengan perpecahan undi kerana PRU lalu membuktikan pertandingan berbilang penjuru hanya menguntungkan PH.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh Danyal pada 12 Sept lalu bagi memberi ruang kepada Anwar bertanding pada PRK dalam usahanya untuk kembali ke Dewan Rakyat.
Sekalipun BN mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada PRK itu, PAS bertindak  meletakkan  calonnya Lt. Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar  atas alasan Anwar tidak beroleh kemenangan percuma.
Selain itu, Anwar turut berdepan lima calon Bebas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, personaliti media sosial Stevie Chan Kee Leong, pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen dan  bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Okt ini sebagai hari mengundi manakala 9 Okt sebagai hari pengundian awal.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...