Skip to main content

Bekas pegawai KBS gagal ketepi hakim


KUALA LUMPUR -- Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd gagal dalam permohonannya untuk mengetepikan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi daripada mendengar perbicaraan kesnya, dan memindahkan kes itu untuk didengar di hadapan hakim Mahkamah Sesyen yang baharu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Rozana Ali Yusof juga memerintahkan perbicaraan kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Sesyen yang sama sehingga kes selesai.

Dalam penghakimannya Rozana berkata keputusan isu penarikan seseorang hakim bicara hanya boleh dicabar atas alasan berat sebelah sebenar atau bahaya berat sebelah sebenar dan bukan atas alasan berat sebelah yang jelas.

"Alasan kemungkinan wujud 'real danger of bias' di hadapan hakim bicara yang sama tidak mempunyai merit, oleh itu permohonan ini ditolak dan saya arahkan perbicaraan di jalankan dihadapan hakim yang sama sehingga selesai," katanya.

Katanya berdasarkan rekod, 63 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan, dan sekiranya permohonan itu dibenarkan ia akan menyebabkan pihak-pihak terlibat mengalami lebih banyak pembaziran kos dan masa.

"Berlaku pembaziran untuk mendengar kes pemohon (Otman) sekiranya hakim baru yang ditugaskan unuk mendengar kes ini memutuskan untuk buat perbicaraan 'de novo' dalam kes ini," katanya. 

Otman, 60, memfailkan permohonan untuk mengetepikan hakim Azura Alwi daripada mendengar perbicaraan kesnya dan memindahkan kes itu untuk didengar oleh hakim Mahkamah Sesyen yang lain pada 25 Jan 2019 menerusi penguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Permohonan itu dibuat dengan alasan wujudnya kemungkinan keadaan bias yang benar daripada hakim Azura memandangkan semasa prosiding pengakuan salah tertuduh kedua iaitu Abdul Gafar Abdul Rahman pada 23 Nov 2018, fakta kes telah dibacakan dan dikemukakan di hadapannya.

Otman juga berkata haknya akan diprejudiskan dengan teruk dan dinafikan satu perbicaraan yang adil sekiranya perbicaraan didengar di hadapan hakim bicara sama.

Semasa prosiding di hadapan hakim Azura, Abdul Gafar, 45, dihukum penjara  setahun dari tarikh jatuh hukum pada 23 Nov 2018, selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan memindahkan wang ke akaun milik Otman, manakala isterinya Siti Rohanah Hussien, 45, seorang suri rumah dilepas tanpa dibebaskan dari tuduhan sama.

Pasangan suami isteri itu dituduh atas 63 pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM15,723,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram menerusi 63 transaksi dari akaun bank tiga syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman bagi tempoh masa yang sama.

Pada 21 April 2016, Otman didakwa atas  64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad melalui cek antara 7 Mac 2012 sehingga 11 Dis 2015.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza antaranya RHB Bank cawangan Presint 8, Putrajaya;  Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja 

Otman, Abdul Gafar dan Siti Rohanah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya AMLA Lee Keng Fatt dan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Abdul Rashid Sulaiman.

Kes itu masih di peringkat perbicaraan saksi pendakwaan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...