Skip to main content

Calon bebas harap tuah logo


SEREMBAN -- “Imej pokok ini tumbuh membesar dan berbagai. Malah, apabila ditanam di tebing sungai, ia berbuah dengan lebat dan memberikan tempat teduh,” kata, calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau R. Malarvizhi berharap pilihannya menggunakan logo ‘pokok’  dapat memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang lebih pesat di kawasan itu.

Berdasarkan pengalaman membesar di Rantau, katanya pekan kecil yang terletak dalam daerah pentadbiran Seremban itu masih belum melalui perkembangan yang maju, terutamanya dari segi kemudahan infrastruktur dan pengangkutan.

Menurutnya, logo ini juga diharap dapat memberi mesej yang lebih mendalam kepada para pengundi di kawasan itu yang memerlukan begitu banyak perubahan.

Malarvizhi akan berdepan saingan empat penjuru dengan calon Pakatan Harapan Dr S. Streram, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan dan seorang lagi calon bebas iaitu Mohd Nor Yassin bagi PRK Rantau, 13 April ini.

Manakala, bagi seorang lagi calon bebas Mohd Nor, yang memilih pen sebagai logo menganggap ia merupakan alat penting, dan seiring dengan misinya untuk melakar dan menulis semula sejarah di Rantau.

“Pen menghantar syarat bahawa biar sejarah itu diukir semula dengan betul, bermatlamat dan membetulkan keadaan yang berlaku sekarang,” katanya.

Tambahnya, beliau memilih pen kerana alat itu banyak digunakan sepanjang kariernya sebagai seorang pensyarah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 30 simbol sebagai logo untuk dipilih oleh calon-calon bebas yang ingin bertanding bagi pilihan raya umum mahupun PRK.

Simbol-simbol tersebut termasuklah arnab, beg, buku, cangkul, cermin mata, gelas, jam, kunci, kapal terbang, kereta, telefon, meja, rumah, motosikal, perahu, televisyen, udang, tali leher, gajah, gelas, ikan, kuda dan perahu.

Bagi calon Dr Streram dan Mohamad, masing-masing menggunakan logo Pakatan Harapan dan Barisan Nasional untuk bertanding pada PRK kali ini, seperti yang digunakan bagi PRK Semenyih dan Cameron Highlands sebelum ini.

PH, yang terdiri daripada PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Pribumi Besartu Malaysia (Bersatu) menggunakan logo gabungannya bermula sejak PRK DUN Balakong dan Seri Setia.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei tahun lepas, gabungan berkenaan bersetuju menggunakan logo PKR kerana masalah pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

PRK DUN Rantau diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad, yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 Nov tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 terbatal dan tidak sah.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...