Skip to main content

Jangan lepaskan peluang memiliki setem lebah madu


KUALA LUMPUR -- Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem baharu menampilkan spesies lebah untuk menanam kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan pemuliharaan dan mendapatkan madu yang betul bagi memastikan serangga itu tidak pupus.

“Siri setem lebah madu di Malaysia akan mula dijual pada 9 April,” kata Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Diyana Lean Abdullah pada sesi taklimat media di sini hari ini.

Spesies lebah madu yang dipaparkan dalam siri setem itu ialah Apis Dorsata (Lebah Tualang), Apis Cerana (Lebah Kampung) dan Apis Andreniformis (Lebah Kerdil Hitam).

“Sebanyak 600,000 keping (200,000 keping bagi setiap paparan) setem akan dihasilkan bagi siri ini. Setiap helaian setem berharga RM12 dan mengandungi 20 keping setem.

“Selain itu, Pos Malaysia juga akan mengeluarkan 22,000 Lembaran Mini (MS) menampilkan ratu lebah Kelulut, lebah jantan dan lebah pekerja (Heterotrigona Itama) serta 27,000 Sampul Surat Hari Pertama (FDC) dengan brosur percuma,” katanya.

Beliau berkata set folder lengkap dijual pada harga RM52.80 setiap set yang mengandungi helaian setem, MS dan FDC yang boleh dibeli melalui www.eziemall.com atau di pejabat Pos Malaysia terdekat atau Kompleks Dayabumi.

 “Orang ramai digalakkan membuka Akaun Deposit Pesanan Tetap (SODA) untuk memudahkan urusan pembelian siri setem terbaharu ini dan menikmati manfaat eksklusif yang ditawarkan SODA,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...