Skip to main content

Papan tanda tulisan Cina tidak pernah dibincang dalam mesyuarat


SHAH ALAM -- Keputusan pemasangan papan tanda dwi bahasa di Selangor tidak pernah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), kata Menteri Besar Amirudin Shari.
Beliau berkata keputusan itu yang dibuat pada 2017 oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor juga tidak pernah dibawa ke MMKN untuk dibincangkan.
"Saya kena semak, dan ia (keputusan pemasangan papan tanda dwi bahasa) tidak ada dibawa ke MMKN, jika ada saya akan ingat," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pusat Kaunseling Selangor.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu papan tanda dwi bahasa yang dipasang di daerah ini yang mendapat perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ketika ditanya sama ada papan tanda yang mempunyai tulisan selain bahasa Melayu di daerah lain akan diturunkan juga, Amirudin berkata Kerajaan Negeri sedang melihat perkara itu secara menyeluruh.
"Kita sedang tunggu 'kertas' sebab arahan itu tidak diberikan melalui MMKN, kita tunggu kertas untuk lihat secara menyeluruh tentang signboard," katanya.
Bagaimanapun, tegas Amirudin Kerajaan Negeri menjunjung kasih titah Sultan Sharafuddin dan pihaknya komited untuk memartabatkan bahasa Melayu di Selangor.
Sultan Selangor pada Isnin lepas dilapor menitahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.
Titah itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Menurut Mohamad Munir, operasi penukaran papan tanda jalan berkenaan hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan Selangor pada 11 Dis ini, lapor Bernama.
Majlis Bandaraya Shah Alam dalam kenyataannya semalam berkata, kerja-kerja menanggalkan papan tanda yang mempunyai tulisan Bahasa Cina di sini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat.
-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...