Skip to main content

Penagihan ketum meningkat di Kelantan


KOTA BHARU -- Polis Kelantan percaya penggunaan daun ketum sebagai alternatif kepada dadah oleh penagih di negeri ini semakin meningkat tahun ini berbanding tahun lalu berdasarkan jumlah rampasan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, rampasan daun ketum sepanjang tahun ini sahaja sudah melebihi 14,000kg berbanding hanya 8,000kg pada 2017.
Katanya rampasan terbaru ialah pada Isnin dan semalam, di mana 735kg daun ketum bernilai RM22,050 berjaya dirampas dalam dua kejadian berasingan di Batu Melintang dan Jalan Jeli-Gerik.
Mengulas lanjut, beliau berkata kebanyakan daun ketum itu diperoleh dari Kedah dan dibawa untuk edaran di Kelantan dan ada yang dipercayai diseludup ke negara jiran.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam 19 Nov lalu, polis berjaya merampas 235kg daun ketum selepas menahan sebuah van dinaiki dua lelaki berasal dari Alor Setar dan Kuala Nerang, Kedah.
"Pemeriksaan yang dilakukan dalam van itu menjumpai bungkusan daun ketum dalam plastik gelap. Siasatan lanjut mendapati dua lelaki berusia 25 dan 27 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Hasanuddin berkata dalam kejadian di Jalan Jeli-Gerik pada pukul 6.30 pagi semalam pula, polis berjaya merampas 500kg daun ketum dalam satu sekatan jalan raya.
Katanya dalam kejadian itu dua lelaki tempatan berusia 27 dan 40 tahun turut ditahan dan mereka mengakui daun ketum itu diperoleh dari Pendang, Kedah.
Katanya keempat-empat suspek ditahan reman dari 19 hingga 23 Nov untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Sementara itu, Hasanuddin berkata polis merampas enam botol plastik putih dipercayai mengandungi dadah jenis heroin bernilai RM12,000 selepas menahan seorang lelaki di Wakaf Stan, Kubang Kerian pada 19 Nov.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala suspek berumur 40 tahun itu direman sehingga 26 Nov untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, Hasanuddin menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kelantan di mana bekas Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan yang baru, berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Datuk Din Ahmad yang bersara wajib bulan lalu, lapor Bernama.
Sebelum ini, jawatan itu dipangku oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan (JSJK), ACP Wan Khairuddin Wan Idris.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...