Skip to main content

Sultanah Terengganu saman editor Sarawak Report


PETALING JAYA -- Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah hari ini memfailkan saman terhadap pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Recastle-Brown dan dua pihak lagi berhubung kenyataan fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report:The Inside Story of the 1MDB Expose’.
Peguam Datuk Mohd Haaziq Abdullah, yang mewakili Sultanah Terengganu, berkata selain Clare,  turut dinamakan sebagai defendan dalam saman fitnah itu ialah penerbit tempatan Gerakbudaya Enterprise dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd.
Mohd Haaziq berkata anak guamnya mengambil keputusan untuk meneruskan tindakan saman itu berikutan kesemua pihak terlibat gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes.
"Semalam, pihak kami mendapat titah dari Istana untuk meneruskan dengan writ saman selepas pihak-pihak terlibat tidak berjaya capai penyelesaian.
"Ada tawaran yang dibuat oleh defendan tetapi bukan seperti mana yang pihak kami perlukan dalam tuntutan itu. Jadi, terma-terma penyelesaian gagal dicapai," katanya yang turut memaklumkan perbincangan untuk menyelesaikan kes itu mengambil masa hampir dua bulan. 
Bagaimanapun, peguam itu berkata butiran lanjut mengenai isi kandungan saman berkenaan tidak dapat didedahkan kepada pihak media sehingga kes itu disebut di mahkamah. 
Mohd Haaziq, yang memfailkan saman itu melalui sistem e-pemfailan pada jam 2 petang tadi, berkata demikian pada sidang media di pejabatnya dekat sini, hari ini. 
Peguam itu turut memaklumkan bahawa kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 19 Dis ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K. Pavani.
Mohd Haaziq berkata pihaknya juga akan menghantar sesalinan tuntutan saman itu menerusi e-mel  kepada peguam Americk Sidhu, yang mewakili kesemua defendan, hari ini. 
Mohd Haaziq turut mendedahkan kewujudan buku 'The Sarawak Report:The Inside Story of the 1MDB Expose’ Edisi Kedua kepada pihak media dan kewujudan buku itu hanya diketahuinya pada 1 Okt, selepas pihaknya mengadakan sidang media sebelum ini pada 29 Sept lepas. 
“Buku edisi kedua itu berbeza dengan buku edisi pertama kerana buku edisi pertama menyatakan ia membabitkan isteri kepada Sultan Terengganu iaitu Sultanah Nur Zahirah manakala edisi kedua pula menyatakan ia membabitkan adinda Sultan Terengganu.
"Pihak kami akan mengemukakan perkara ini di mahkamah nanti," katanya yang turut memaklumkan anak guamnya menuntut ganti rugi dalam saman berkenaan. 
Turut hadir dalam sidang media itu ialah peguam Mohd Hilmi Sarbini dan Vishu Kumar, yang turut mewakili Sultanah Terengganu. 
Pada 29 Sept lalu, surat tuntutan telah dikemukakan kepada ketiga-tiga pihak itu bagi menuntut permohonan maaf secara bertulis serta ganti rugi RM100 juta daripada setiap mereka berhubung kenyataan fitnah dalam buku berkenaan. 
Clare didakwa membuat kenyataan memfitnah di dalam buku itu yang mengaitkan Sultanah Terengganu dengan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho serta skandal 1MDB. -- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...