Skip to main content

Banjir kilat tenggelamkan beberapa kawasan Pulau Pinang


GEORGE TOWN -- Hujan berterusan sejak pagi telah menyebabkan  beberapa kawasan antaranya Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Sungai Ara,  Teluk Bahang dan Sungai Pinang di Balik Pulau, Pulau Pinang  mengalami banjir kilat.
Hujan bermula pukul 8.30 pagi hingga 4 petang itu telah menyebabkan puluhan   rumah di kawasan itu mengalami banjir kilat dan dinaiki air antara 0.3 meter(m) hingga 0.6m.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon  Mokhtar berkata pihaknya menerima beberapa panggilan memaklumkan berlaku banjir kilat bermula pukul 3.30 petang dan pihak bomba  mengambil tindakan segera dengan membuat pemantauan secara rapi bagi menyelamatkan mangsa banjir.
"Banjir kilat itu dipercayai berlaku selepas hujan lebat sejak pagi dan beberapa jalan raya di George Town juga dinaiki air sehingga berlaku kesesakan lalu lintas.
"Namun keadaan masih terkawal dan setakat pukul 6.30 petang tiada mangsa  yang dipindahkan, pihak bomba sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan terutama banjir jika hujan masih berterusan malam ini hingga esok," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Saadon berkata selain itu, hujan lebat turut menyebabkan berlaku fenomena  kepala air di kawasan rekreasi Air Terjun Titi Kerawang di Teluk Bahang dan ia menjadi tular di media sosial.
Katanya namun tiada kemalangan jiwa atau mangsa terlibat dalam kejadian kepala air itu kerana semasa insiden tersebut tiada pengunjung di air terjun berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Ibu bapa juga perlu mengawasi anak-anak mereka agar tidak bermain air banjir,"katanya.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata sehingga pukul 7 malam, 33 mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Surau Haji Hashim di Bukit Kecil, Sungai Pinang di Balik Pulau.
"Mereka yang dipindahkan terdiri daripada sembilan keluarga membabitkan 15 lelaki dan 13 wanita serta empat kanak-kanak termasuk kanak-kanak perempuan. Rumah mangsa dinaiki air sehingga paras pinggang dan ia berbahaya kepada mereka," katanya, lapor Bernama.
Seorang mangsa banjir, Rohayu Hussin,35, berkata rumahnya di Bayan Lepas turut dinaiki air hingga paras lutut selepas hujan lebat di kawasan kediaman mereka sejak pagi tadi.
"Saya tengah bekerja di kantin sebuah kilang di Bayan Lepas dan kira-kira pukul 3, jiran hubungi bagitahu rumah sudah dinaiki air...saya terus balik dan semasa itu tiada sesiapa di rumah kerana suami juga bekerja manakala anak belum balik sekolah.
"Air sudah paras lutut waktu itu dan beberapa barangan elektrik seperti mesin basuh dan peti ais serta perabot telah terendam dalam air banjir," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...