Skip to main content

Sirul boleh dihantar pulang dengan syarat...


KUALA LUMPUR -- Sirul Azhar Umar, yang telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, boleh dihantar pulang ke Malaysia dengan syarat satu aku janji diberikan bahawa hukuman mati itu tidak akan dilaksana.

Seorang jurucakap Jabatan Peguam Negara Australia pada Rabu berkata Peguam Negara mesti berpuas hati bahawa sebaik sahaja Sirul Azhar dihantar pulang atas permintaan Malaysia, dia tidak akan berdepan risiko terpaksa menjalani hukuman mati yang telah dijatuhkan ke atasnya.

"Akta Ekstradisi Australia tidak membenarkan ekstradisi dari Australia di mana kesalahan itu tertakluk kepada hukuman mati, melainkan jika satu aku janji diberikan bahawa hukuman mati itu tidak akan dikenakan atau, jika dikenakan tidak akan dilaksana," kata jurucakap itu kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama menerusi e-mel.

Bernama mengajukan soalan berhubung nasib Sirul Azhar selepas sebuah portal berita Australia melaporkan bahawa percubaannya untuk mendapatkan suaka politik ditolak oleh sebuah mahkamah Australia pada Isnin.

Jurucakap itu juga berkata sudah menjadi amalan kerajaan Australia tidak akan memberi kenyataan secara terbuka berhubung isu ekstradisi, termasuk sama ada ia telah menerima permintaan untuk berbuat demikian, sehinggalah individu terbabit ditahan atau dibawa ke mahkamah berdasarkan permintaan tersebut.

Bernama telah melaporkan pada Ogos tahun lepas bahawa Menteri Hal Ehwal Luar Australia ketika itu, Julie Bishop berkata negara tersebut belum menerima sebarang permintaan dari Malaysia untuk mengekstradisi anggota polis itu yang melarikan diri ke Australia.

Sirul Azhar dan Azilah Hadri telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.

Mereka berjaya mengenepikan sabitan itu di peringkat Mahkamah Rayuan pada 2013 namun Mahkamah Persekutuan pada 2015 memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman mati mereka.

Sirul Azhar telah melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya.

Mahkamah Persekutuan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Sirul Azhar kini berada di sebuah pusat tahanan imigresen di Australia.

Sementara itu, pada Oktober tahun lepas, Kabinet Malaysia telah memutuskan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan.

Susulan keputusan itu, semua hukuman mati telah ditangguh sehingga pemansuhan hukuman tersebut berkuat kuasa.

Kabinet turut mempertimbang cadangan mengenakan hukuman penjara minimum 30 tahun jika hukuman mati mandatori dimansuhkan, dan akan membuat keputusan untuk membentangkan usul itu di Parlimen apabila Dewan Rakyat bersidang bulan depan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...