Skip to main content

Kerajaan patut beri dana kepada parti politik


PUTRAJAYA -- Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) sedang mengkaji cadangan supaya kerajaan memberi bantuan kewangan kepada parti politik seperti yang dilaksanakan di kebanyakan negara maju, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Beliau berkata cadangan itu adalah satu daripada 16 komponen kajian penambahbaikan pilihan raya yang sedang dilihat secara serius oleh ERC dan jawatankuasa itu akan menyediakan formula terbaik bagi memastikan bantuan yang disalurkan adalah adil dan saksama tanpa mengira parti.
"Ini akan dikawal oleh badan yang kita akan tentukan dapat mengawal (pembiayaan politik)," katanya pada sidang media selepas sesi mendapatkan maklum balas pemegang taruh bagi penambahbaikan sistem pilihan raya, di sini hari ini.
Abdul Rashid berkata ketika ini, terdapat kira-kira 50 parti politik berdaftar di negara ini namun hanya 10 parti yang aktif manakala selebihnya tidak dapat meneruskan aktiviti kerana dihimpit masalah kewangan.
"Bila mereka hantar semula laporan mesyuarat tahunan (kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), hidup semulalah dia. Tetapi tidak boleh berfungsi kerana tiada wang.
"Kita mahu tentukan bahawa kerajaan akan membantu parti-parti politik dari segi menampung sedikit sebanyak keperluan kewangan kerana dalam demokrasi lebih banyak parti politik lebih baik," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rashid turut mengakui standard pilihan raya Malaysia masih belum meyakinkan dengan hanya sebahagian daripada kesemua 15 komponen penting dalam sistem pilihan raya di negara demokrasi maju, termaktub dalam undang-undang.
Sebagai contoh, katanya ketika ini tiada undang-undang khusus mengenai kawalan media semasa pilihan raya seperti yang wujud di negara maju.
"Undang-undang kita wujud untuk tiga atau empat (komponen) sahaja. Yang lain, pakai arahan pentadbiran daripada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sahaja.
"Kita perlu faham pilihan raya adalah undang-undang. Semuanya berkaitan undang-undang. Tiada main budi bicara," katanya.
Abdul Rashid berkata laporan interim ERC dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh tujuh bulan lagi sebelum dibentangkan ke Kabinet.
"Tidak semestinya semua cadangan kita akan dilaksanakan dalam satu masa. Tetapi kita harap seberapa banyak cadangan itu dilaksanakan," katanya.
Beliau turut mencadangkan supaya laporan penuh kajian penambahbaikan pilihan raya didedahkan kepada umum bagi menentukan demokrasi pilihan raya Malaysia sama dengan negara maju dan diterima masyarakat dunia.
Abdul Rashid berkata sesi mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh termasuk parti politik akan diteruskan di beberapa negeri, selain menerima pandangan orang ramai secara dalam talian.
ERC ditubuhkan oleh kerajaan pada 28 Ogos 2018, dianggotai 20 ahli pelbagai latar belakang dan diberi masa selama dua tahun untuk melakukan kajian penambahbaikan pilihan raya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...