Skip to main content

Cuti tidak kesampaian, ibu dan dua anak maut di perjalanan


PEKAN -- Tiga beranak maut selepas tercampak keluar daripada kereta yang dinaiki mereka dalam kemalangan di Kilometer 55 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Badong di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata mangsa Nor Hasidah Asbullah, 32, dan anaknya Nur Auni Athirah Kamaruddin, 8, dan Muhammad Iffat Rizqi, 2, semuanya disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Kemalangan pada pukul 9.45 pagi itu turut menyebabkan suami mangsa, Kamaruddin Mohd Zin, 33, yang memandu kereta jenis Perodua Alza dan seorang lagi anak mereka Nur Syadni Syakirah, 3, cedera dan kini dirawat di Hospital Rompin. 

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dinaiki keluarga terbabit dari Pasir Gudang, Johor menuju ke Terengganu dipercayai hilang kawalan menyebabkannya berpusing. 

"Kenderaan itu kemudiannya masuk ke laluan bertentangan dalam keadaan melintang dan terlanggar sebuah lori ais," katanya.

Amran berkata pemandu lori Mohd Saiful Bahari Berahim dan kelindannya Mohd Fazieran Rozinor, kedua-duanya berusia 32 tahun, cedera dan turut dikejarkan ke Hospital Rompin. 

Jenazah tiga beranak itu dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. 

Kamaruddin yang merupakan operator kilang di Pasir Gudang, Johor dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Ajil, Terengganu. 

Amran berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...