Skip to main content

Penjara 10 tahun sebab toreh muka girl friend


PETALING JAYA -- Seorang lelaki warga Bangladesh yang dituduh menoreh muka bekas kekasihnya bulan lepas, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu setelah Saidol Islam, 22, mengekalkan pengakuan bersalahnya selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan semula dalam Bahasa Inggeris. 

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 7 Feb lepas.

Saidol Islam didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Nur Zawati Zainal Abidin, 24, dengan mencederakan muka mangsa menggunakan pisau di Tropicana City Mall pada 6.30 petang, 7 Feb lepas. Dia dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ashyraf Ashy'ari Kamaruzaman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh mengambil kira faktor kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami parut kekal pada wajahnya.

Bagaimanapun, peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili Saidol Islam memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga di negara asalnya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pernah menjadi teman lelaki mangsa namun wanita itu terpaksa memutuskan hubungan itu kerana tidak tahan dengan sikapnya yang panas baran malah sering memukulnya.

Ketika kejadian, Saidol Islam telah mengekori mangsa dan bertindak mengeluarkan pisau berukuran sembilan inci sebelum mengelar muka wanita itu.

Dia kemudian melarikan diri dan mangsa yang kesakitan menghubungi rakannya bagi mendapatkan bantuan sebelum dibawa ke Hospital KPJ Damansara dan dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat pendarahan teruk.

Akibat kejadian itu, mangsa yang masih lagi dirawat sehingga kini menerima 50 jahitan akibat koyakan pada pipi kanan sehingga kiri muka melalui atas bibir.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...