Skip to main content

Kalau saya nak cari gaduh...


KUALA NERUS -- Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menafikan beliau sengaja melakukan provokasi dengan melalui kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih, semalam.

Beliau berkata ia adalah persepsi yang cuba dibina oleh pihak tertentu untuk menyalahkan dirinya sedangkan perkara itu tidak betul.

"Kedatangan saya semalam adalah sebagai Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bukan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Jadi saya pandu kereta sendiri. Saya tak tahu macam mana (seperti dakwaan) saya boleh tiba-tiba turun dan parkir kereta di situ sedangkan saya parkir jauh di bawah bukit dan kejadian adalah selepas selesai penamaan calon.

"Ada bukti video menunjukkan saya berjalan keluar dan semua orang sudah bersurai ketika itu, malah lalu lintas jalan raya pun seperti biasa dengan kereta lalu-lalang. Jarak saya dengan penyokong BN juga agak jauh. Kalau saya nak cari gaduh, takkanlah saya nak datang seorang dengan dua, tiga orang rakan," katanya di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau sengaja membuat provokasi dengan turun dari kereta di kawasan yang dikhususkan untuk penyokong BN yang datang ke Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang itu. 

Terdahulu, beliau hadir ke sesi 'town hall' bersama pelajar, persatuan dan penggerak belia negeri di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Semalam, tular sebuah klip video memaparkan Syed Saddiq dikerumuni penyokong parti pembangkang sewaktu dalam perjalanan menuju ke keretanya selepas selesai proses penamaan calon bagi PRK Semenyih.

Video berdurasi 22 saat itu menunjukkan Syed Saddiq diiringi oleh anggota polis serta anggota Unit Amal PAS sambil dikejar sekumpulan lelaki.

Syed Saddiq berkata beliau tidak melakukan apa-apa provokasi dan tidak bercakap apa-apa perkataan kecuali 'Assalammualaikum', malah terus berjalan menuju ke kereta.

Beliau juga tidak mahu lagi memanjang-manjangkan kenyataan mengenai kekasaran dan ugutan yang didakwa dilakukan oleh blogger kontroversi Papagomo itu kerana yakin polis akan menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

"Biarlah apa sahaja yang dia hendak cakap kerana ada bukti video yang jelas menerangkan segala-galanya. Saya harap polis akan panggil sukarelawan dan anggota polis yang ada di tempat kejadian untuk menyiasat perkara yang sebenar," katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...