Skip to main content

Al-Quran dalam talian tak ada kelulusan


KUALA LUMPUR -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau modus operandi tiga pihak yang menjual Al-Quran secara dalam talian di negara ini, tanpa mendapat kelulusan kementerian.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Mohd Nawardi Saad berkata sebahagian besar naskah Al-Quran yang dijual secara dalam talian, datang dari negara-negara jiran, yang didapati tidak memenuhi syarat dari segi standard percetakan di Malaysia.
“Siasatan kami mendapati penjual atau ejen terbabit membeli Al-Quran ini dari negara jiran, yang sebahagian besarnya tidak memohon lesen import dari KDN, menyebabkan ianya tidak dapat disemak oleh kami.
“Di Malaysia, percetakan naskah Al-Quran kita adalah berdasarkan kepada sistem percetakan Arab Saudi, yang dipanggil Rasm Uthmani, tetapi negara tetangga kita mempunyai standard percetakan yang berbeza dan dari segi tanda ‘waqaf’ (tanda-tanda untuk menghentikan bacaan sebentar) dan ‘ibtida’ (tanda-tanda untuk menyambung semula bacaan) juga berbeza, daripada apa yang kita gunakan di sini,” kata Mohd Nawardi, lapor  Bernama.
Beliau menegaskan bahawa mereka yang menjual naskah Al-Quran tanpa kelulusan KDN, boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 8 (1) (d) Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.
Mohd Nawardi berkata pada masa ini, pihaknya masih belum membuat sebarang tangkapan, tetapi aktiviti pihak terbabit kini dalam pemerhatian bahagian itu, disamping mengumpulkan maklumat dan bukti sebelum mengambil sebarang tindakan.
Dalam pada itu, beliau berkata bahagiannya akan terus menjalankan pemeriksaan di premis perniagaan, pejabat pos dan pintu masuk negara untuk memastikan tidak ada naskah Al-Quran tanpa kelulusan KDN dijual kepada orang ramai.
Beliau menjelaskan bahawa naskah Al-Quran yang dapat kelulusan KDN mempunyai cetakan cop khas berwarna biru dalam tulisan jawi, ‘Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran memperakui bahawa ayat-ayat Al-Quran yang terkandung di dalam teks ini adalah betul’ disamping KDN menambah ciri baru dengan kod QR dan hologram.
Pada 7 Feb, sejumlah 178 naskah Al-Quran tanpa kelulusan KDN, telah dirampas dari sebuah premis di Sungai Petani.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kedah, Zaki Mohamed berkata ketiga-tiga pihak itu didapati secara aktif melakukan pemasaran dalam talian untuk ‘menarik’ pengguna membeli Al-Quran tersebut.
"Kami meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati apabila membeli Al-Quran secara dalam talian, kerana kebanyakannya tidak berdaftar dengan KDN. Orang ramai juga perlu terus membantu dengan memberikan maklumat mengenai kegiatan tersebut,” kata Zaki.
Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata naskah Al-Quran dengan kelulusan KDN telah menjalani pemeriksaan yang ketat dan bebas daripada kesilapan percetakan.
Jakim mengalu-alukan tindakan KDN dalam menangani isu ini, dan beliau juga menekankan hanya naskah Al-Quran yang mendapat kelulusan dari KDN boleh digunakan di negara ini.
Seorang pemilik kedai buku agama tempatan, Muhammad Isa berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya, terhadap pesalah yang menjual Al-Quran tanpa kelulusan KDN.
Beliau berkata tidak adil kepada pemilik kedai buku agama, yang perlu mematuhi pelbagai proses yang ditetapkan pihak berkuasa sebelum mereka boleh menjual Al-Quran yang mendapat kelulusan KDN, sedangkan mereka yang menjual secara dalam talian dengan mudah, boleh melangkau proses tersebut.
“Saya harap KDN boleh menangkap mereka dan mengenakan hukuman berat kepada mereka,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...