Skip to main content

Doktor gigi juara tilawah


MELAKA -- Doktor gigi, Dr Siti Syahirah Isa, 28, muncul sebagai juara kategori qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Melaka 2019 malam ini.
Sementara itu, Mohd Khairi Maidin, 20 pula menjuarai kategori qari.
Kedua-dua mereka dipilih sebagai pemenang dengan pungutan markah keseluruhan tertinggi bagi qariah iaitu 79 peratus dan qari 83 peratus.
Mereka membawa pulang wang tunai masing-masing RM8,000, sijil dan hadiah iringan.
Penyampaian hadiah kepada pemenang kategori qari dan qariah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan hadiah bagi kategori menghafaz disampaikan oleh Ketua Menteri Adly Zahari pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Negeri Melaka di Masjid Al-Azim malam ini.
Tempat kedua dan ketiga bagi kategori qari dimenangi oleh Husni Ali Hasan dan Mohd Fairuz Husin setelah masing-masing mengumpul 82 peratus dan 76 peratus.
Bagi kategori qariah pula tempat kedua menjadi milik Jamilah Tahir (70 peratus) dan tempat ketiga, Asinah Abd Rahman (65 peratus).
Dr Siti Syahirah berkata minat mendalam membaca al-Quran mendorong beliau untuk terus memperbaiki mutu bacaan walaupun berlainan bidang.
"Budaya membaca al-Quran yang saya amalkan sejak dari sekolah rendah menyebabkan saya sentiasa mempelajari dan berlatih apabila ada masa lapang terutama ketika cuti hujung minggu " katanya.
Sementara itu, juara bagi kategori qari, Mohd Khairi berkata beliau menghabiskan masa 30 minit sehari membuat latihan suara dan lagu setiap kali selesai menunaikan solat maghrib dan isyak.
"Saya mula minat bertaranum ketika darjah dua dan dengan dorongan keluarga saya terus memperbaiki mutu bacaan dari semasa ke semasa," kata pelajar tahun dua jurusan al-Quran dan Komunikasi sebuah Institut Pengajian Tinggi di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...