Skip to main content

Jom, jangan membazir Ramadan ini


KUALA LUMPUR -- Kadar pembaziran yang tinggi dan peruntukan besar untuk pengurusan sisa pepejal setiap tahun mendorong kerajaan untuk mengambil langkah proaktif mengadakan kempen Ramadan Tanpa Pembaziran tahun ini. 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pembaziran di negara ini amat membimbangkan sehingga memberi kesan kepada kewangan negara apabila terpaksa memperuntukkan lebih RM2 bilion untuk pengurusan sisa pepejal pada 2017.

"Menurut laporan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), rakyat di negara ini membuang 15,000 tan metrik makanan sehari dan 3,000 tan metrik daripadanya adalah makanan yang masih elok dan tidak sepatutnya dibuang.

"Tetapi, bahan sisa buangan itu meningkat 15 hingga 20 peratus pada Ramadan. Jadi ubahlah sikap dan apabila ke Bazar Ramadan, fikirlah 10 kali sebelum membeli kerana kita antara yang menyumbang kepada pembaziran yang melampaui batas sehingga boleh merosakkan alam sekitar," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Pelancaran Marhaban Ya  Ramadan Peringkat Kebangsaan di sini hari ini. 

Turut hadir, Timbalan KPKT, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah; Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; dan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin.

Menurut Mujahid, kempen 'Ramadan Tanpa Pembaziran' akan diterajui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc).

"Kerjasama itu sebagai satu projek rentas bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat supaya tidak membazir terutamanya pada Ramadan,” katanya. Mujahid berkata tabiat pembaziran makanan dalam kalangan umat Islam khususnya pada Ramadan tidak selari dengan prinsip Maqasid Syariah. 

"Kita selalu dengar ungkapan jangan membazir, tetapi tidak pernah dikaji apa kesannya dalam kehidupan ini. Inilah dasar Maqasid Syariah kerana ia menjaga bukan hanya diri kita tetapi juga orang lain dan seluruh warga dunia dan ke atas bumi yang didiami," katanya.

Justeru, setiap umat Islam perlu sentiasa peka terhadap setiap tindakan yang dilakukan dan implikasinya supaya tidak melakukan perkara bertentangan dengan syariat.

Turut disampaikan bantuan kepada 724 masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan dengan peruntukan RM8.6 juta sempena ketibaan Ramadan ini dan penyampaian watikah pelantikan kepada  960 amil di 74 pusat pungutan zakat di seluruh Wilayah Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...