Skip to main content

Dia terus menangis lebih kuat - ibu bayi

PARIT -- Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan patah tangan kanan dipercayai didera pengasuh wanita di Seksyen Dua, Seri Iskandar, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata Muhammad Zaheen Affan Mohamad Zulkarnain kini dirawat di Hospital Seri Manjung.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan polis daripada bapa mangsa kira-kira 11 pagi semalam sebelum menahan pengasuh yang berumur 42 tahun pada 4 petang hari sama.

“Sewaktu bapa mangsa mengambil anaknya di rumah pengasuh, beliau bertanyakan keadaan tangan anaknya, namun dimaklumkan suami pengasuh itu bahawa tangan bayi itu terseliuh. Bapa mangsa kemudian membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang sebelum dirujuk ke Hospital Seri Manjung,” katanya, lapor Bernama.

Katanya pemeriksaan hospital mendapati terdapat kesan dipulas sehingga menyebabkan tangan bayi tersebut patah.

Mohamad Zainal berkata wanita itu direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Sementara itu, ibu bayi tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Akma, 28, berkata dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh kira-kira 9 pagi dan mengambilnya hampir dua jam kemudian apabila pengasuh tersebut menghubungi suaminya memberitahu bayi itu tidak berhenti menangis.

“Hati ibu mana tidak luluh melihat anak dalam keadaan begitu. Jika saya memegang tangan kanannya, dia terus menangis dengan lebih kuat," katanya ketika ditemui di Hospital Seri Manjung di Lumut.

Beliau berharap pihak berkuasa akan menjalankan sisatan secara terperinci bagi mengelak kejadian sama berlaku pada bayi lain.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...