Skip to main content

Tak ada lagi kontrak runding terus di Sandakan



SANDAKAN -- Pemberian tender kerja pembersihan bandar menerusi Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan dirombak bagi meningkatkan tahap kebersihan di daerah ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri Stephen Wong Tien Fatt berkata ia juga bagi memastikan tender kerja pembersihan itu dilaksanakan oleh kontraktor yang betul-betul dapat melaksanakan kerja dengan baik.

Katanya rombakan itu termasuk memastikan tender terbuka dibuat untuk setiap kerja pembersihan kerana sebelum ini ia diberikan secara tender terus kerana terdapat campur tangan politik.

Menurutnya ini menyebabkan kerja pembersihan bandar membabitkan memotong rumput, penyelenggaran parit dan memungut sampah tidak dilaksanakan dengan baik dan mencapai kriteria ditetapkan.

"Ada di antara kontraktor yang mendapat tender dari MPS itu menyerahkan kerja pembersihan itu kepada sub kontraktor lain.

Ini menjadi faktor menyebabkan tahap kebersihan Sandakan masih pada tahap tidak memuaskan. Kebersihan Sandakan juga menjadi faktor penting dalam usaha daerah ini mencapai status Bandaraya," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan kontraktor kerja pembersihan MPS.

Hadir sama, Timbalan Presiden MPS Mohd Hamsan Awang Supain.

Wong  yang juga Anggota Parlimen Sandakan berkata terdapat 35 kontraktor mengendalikan kerja pembersihan menerusi tender di bawah MPS.

Beliau berkata rombakan kontrak kerja pembersihan itu juga akan menilai semula kadar bayaran membabitkan pembahagian zon kerja pembersihan.

Dalam pada itu, Mohd Hamsan berkata pihaknya bercadang menguatkuasakan Anti Kutu Sampah di kawasan dikenal pasti di Bandar Sandakan dengan mengambil tindakan terhadap pembuang sampah dengan melakukan kerja sosial pembersihan.

Katanya pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak mahkamah dan Jabatan Penjara untuk memperhalusi cadangan itu.

Pihak berkuasa tempatan di negeri ini boleh mengeluarkan kompaun kepada sesiapa didapati membuang sampah antara RM30 hingga RM500 di bawah Undang-Undang Kecil Anti Sampah Sarap 1984 (pindaan 2005).

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...