Skip to main content

PAS terus sertai himpunan bantah ICERD


KOTA BHARU -- PAS membuat penegasan untuk tetap menghadiri Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang akan berlangsung di Dataran Merdeka 8 Dis ini walaupun beberapa pihak mendesak supaya perhimpunan dibatalkan.

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu menghormati setiap pandangan yang diberikan termasuk oleh tokoh agama namun pihaknya mempunyai pertimbangan lain untuk meneruskan perhimpunan berkenaan.

"Kita menghormati pandangan Mufti Kelantan (Datuk Mohamad Shukri Mohamad) cuma kita ada pertimbangan lain sebab Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri sebut apa yang berlaku (rusuhan) di Subang Jaya itu bukan masalah perkauman, bukan masalah agama.

"Jadi tak berbangkitlah (isu perkauman). Itu masalah-masalah dalaman sahaja. Insya-Allah setakat ini kita akan teruskan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Medan Ilmu di sini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Mohamad Shukri menggesa himpunan kesyukuran terhadap penolakan ICERD tidak perlu diteruskan memandangkan keadaan semasa yang agak tegang.

Beliau dipetik berkata penerusan himpunan itu hanya mengundang "hal yang tidak baik", selain kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan.

Mengulas lanjut Mohd Amar berkata PAS turut menjangkakan kehadiran kira-kira satu juta peserta pada perhimpunan berkenaan, lapor Bernama.

Sementara itu, mengulas mengenai desakan permohonan maaf secara bertulis dan tuntutan ganti rugi yang diminta Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Datuk Husam Musa berhubung pengeluaran surat pekeliling menarik balik larangan memasuki pejabat kerajaan negeri sudah dianggap sebagai satu permohonanan maaf daripada kerajaan negeri.

Mohd Amar berkata pengeluaran surat pekeliling itu sudah mencukupi namun bergantung kepada tafsiran masing-masing berhubung perkara berkenaan.

"Macam rumah kitalah, mula-mula tak bagi orang datang, lepas itu tiba-tiba kita benarkan (mereka masuk kembali), cukuplah. Takkan kita perlu minta maaf pula sebab tak benar dia masuk rumah kita (sebelum ini)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...