Skip to main content

Tulang rusuknya patah... - Zuraida


SHAH ALAM -- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang cedera dalam insiden kekecohan di kuil Sri Mahamariamman di USJ 25, Putra Heights berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, mengalami beberapa kecederaan parah akibat daripada insiden itu.
"Muhammad Adib masih belum sedarkan diri dan pemeriksaan pasukan perubatan menemui beberapa kesan lebam di bahagian dadanya.
"Tulang rusuknya turut patah sehingga mengakibatkan kesukaran bernafas," katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa di Pusat Perubatan Subang Jaya.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Muhammad Hamdan Wahid.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi tadi, Muhammad Adib dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya  dipercayai dipukul oleh sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.
Sumber Bomba berkata mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan telah ditarik keluar dari kenderaan EMRS selain perusuh telah merosakkan  kenderaan FRT dan EMRS milik Jabatan Bomba dan Penyelamat. 
Mengulas lanjut, Zuraida berkata mangsa kini dalam pemantauan rapi pihak hospital dan seramai lima doktor memantau tahap kesihatannya itu dan dimaklumkan tekanan darah mangsa berada dalam keadaan rendah dan tidak berubah.
Beliau juga berkata mangsa yang berasal dari Kedah telahpun bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan, lapor Bernama.
Terdahulu, Zuraida yang tiba kira-kira pukul 12 tengah hari sempat meluangkan masa bertemu anggota keluarga mangsa dan memaklumkan menjadi 'personal guarantor' bagi bil perubatan mangsa. 
"Saya cukup kesal dan dukacita dengan kejadian ini, saya bertemu dan menenangkan ahli keluarga, mereka sangat sedih dan trauma, kita sama-sama doakan yang baik-baik untuk mereka.
"Ini adalah hari yang sedih untuk kita, anggota bomba ini menawarkan perkhidmatan mereka untuk apa saja kecemasan, kenapa buat begini kepada anggota bomba,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahkamah meriah dengan tahanan reman lindungi rumah urut

PUTRAJAYA -- Mahkamah Majistret di sini “meriah” susulan prosiding reman beramai-ramai melibatkan 14 individu termasuk tujuh penjawat awam berkaitan dakwaan memberi dan menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di Kuala Lumpur. Tujuh penjawat awam terbabit ialah tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai, seorang pegawai bomba dan tiga petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mereka berserta tiga lagi orang awam yang disyaki berperanan sebagai ‘runner’ atau utusan dibawa ke mahkamah itu pada kira-kira 10 pagi menaiki bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyusuli empat lagi individu dipercayai pemilik premis yang tiba di mahkamah itu kira-kira sejam sebelumnya, menaiki van SPRM.    Prosiding reman terhadap kesemua mereka tamat pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari denga...

Ancaman obor-obor di Pulau Pinang serius

foto: flick.com GEORGE TOWN -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini. Exco Negeri bagi Seni, Budaya dan Warisan Yeoh Soon Hin berkata  kerajaan negeri telah memberikan dana berjumlah RM10,000 pada tahun 2017 kepada Pusat Kajian Samudera  dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia untuk mebuat pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor berbahaya di perairan Pulau Pinang khususnya di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah , Tanjung Tokong dan Pantai Bersih/Robina. "Kajian pemantauan taburan dan kepadatan obor-obor sedang dijalankan bagi tempoh dua tahun yang akan berakhir pada hujung tahun ini. Fenomena obor-obor ini tidak terhad kepada perairan Pulau Pinang tetapi keseluruhan pantai barat termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor. “Peningkatan kes sengatan obor-obor berkemungkinan besar disebabk...

Datuk Seri didakwa menipu RM19 juta

SHAH ALAM -- Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd  untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akau...